berita

Rakam Video Tikam Bapa & Muat Naik Di Media Sosial, Remaja Mengaku Bunuh Bapa Ditahan Polis

June 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan oleh pihsak polis selepas dia didakwa menikam bapa kandungnya sendiri sehingga maut. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak merekod perbuatan kejam itu sebelum menyebarkannya di paltform media sosial.

Tikam bapa sampai mati

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Barrons, suspek yang berasal dari Perancis ini dipercayai bertindak sedemikian kerana berang akan bapanya yang dikatakan sering memukul dan mendera ibunya. Disebabkan sering didera, isteri mangsa bersama dua orang lagi anaknya telah berpindah keluar dari rumah dan ketika kejadian berlaku, hanya mangsa sahaja berada di rumah terbabit.

Menurut sumber, pada malam itu, suspek yang baru sahaja pulang dari parti dalam keadaan mabuk telah masuk ke dapur dan mengambil dua bilah pisau. Dia kemudian mengejutkan bapanya yang sedang tidur sebelum bertindak menikamnya sehingga mati. Selepas itu, suspek bertindak menghubungi pihak polis dan memaklumkan dia baru sahaja menikam bapanya.

Hantar video dekat media sosial

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan tersebut. Setibanya di sana, mereka mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan berlumuran dengan darah selain terdapat beberapa kesan tikaman.  Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku melakukan itu kerana mahu ‘menamatkan’ keganasan yang dilakukan oleh bapanya yang juga kaki mabuk.

Difahamkan, pada bulan lalu, ibu suspek telah membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Bukan itu sahaja, suspek juga mengaku sudah menghantar rakaman pembunuhan itu kepada 40 orang pengguna media sosial.

Pihak polis kemudian segera menurunkan semula video tersebut selain bertindak menubuhkan satu pasukan psikologi bagi membantu penerima rakaman berkenaan yang terkesan selepas menonton aksi ngeri itu. Difahamkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Barrons, News In 24

SKIP THIS AD ×