Terbaru, rakan-rakan artis mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada malam Selasa buat penyanyi veteran Rohana Jalil selepas dia dilaporkan berada dalam keadaan lemah.
Artikel Berkaitan: Kilafairy Harap Keajaiban Berlaku -‘Saya Tak Akan Biarkan Mama Pergi’
Artikel Berkaitan: Tak Pasti Sakit Apa Yang Dialami, Rohana Jalil Kini Kritikal Di ICU
Oksigen 65%
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang diadakan sekitar jam 8.30 malam tadi diadakan secara atas talian yang dihadiri oleh beberapa orang rakan artis antaranya Noorshila Amin, Haiza Hanafi, Datuk Nash, Azian Mazuan Sapuan dan ramai lagi. Majlis itu turut dihadiri oleh rakan media termasuk OhBulan!
Assalamualaikum. Semua dijemput untuk bersama-sama dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat khas buat sahabat kita, Hajjah Dora @ Rohana Jalil pada malam ini.
Sebelum majlis bermula, penyanyi Noorshila Amin memaklumkan dengan ringkas keadaan terkini penyanyi era 80-an yang sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tahap oksigen 65 peratus..dalam keadaan lemah.
Terdahulu, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan hospital tersebut sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus.