Industri seni tanah air sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi popular era 1980-an, Datuk Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 12.45 pagi tadi (5 Disember). Berita sedih ini turut mengundang rasa hiba dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan para peminat.
Arwah tak mahu jalani pembedahan
Menerusi Berita Harian, Allahyarham sebelum ini dikatakan menghidapi ketumbuhan pada rahang kirinya, namun selepas pembedahan dan sesi kimoterapi, kondisi penyanyi itu sedikit stabil. Allahyarham walau bagaimanapun menyembunyikan kesakitan yang ditanggungnya itu daripada orang ramai kerana tidak mahu melihat mereka berada dalam keadaan yang sedih dan bersimpati dengan ujian yang menimpa dirinya itu.
Menurut Datuk Seri Shah Rezza yang juga merupakan sahabat baik Allahyarham berkata, arwah tidak mahu penyakitnya itu diketahui orang lain kerana bimbang mereka akan bersedih dengan berita itu.
Sementara itu, Datuk Seri Shah Rezza memberitahu dia merupakan rakan artis pertama yang mengetahui Allahyarham sedang bertarung dengan kanser rahang tahap empat. Berita itu kemudian dimaklumkan kepada rakan mereka, Salwa Abdul Rahman.
Saya menangis… Ketika itu, arwah tidak mahu menjalani pembedahan biarpun dinasihatkan doktor kerana boleh merebak ke otak.
Saya kurang seorang lagi sahabat akrab dan penyanyi bersuara merdu yang tiada galang ganti.
Tak sempat bagi bekalan ubat
Menurut Salwa yang mula berkenalan dengan arwah sejak tahun 1986, sahabat baik mereka itu pernah memberitahu bahawa dia bimbang untuk melakukan pembedahan namun arwah akhirnya mengalah dan telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali serta tiga sesi kimoterapi dan 33 kali sesi radioterapi.
Dalam pada itu, penerbit dan pelakon, Datuk Ziela Jalil turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana hasratnya untuk memberikan bekalan ubat dan vitamin kepada arwah tidak kesampaian. Tambahnya lagi, kali terakhir mereka berjumpa adalah pada bulan Ogos yang lalu.
Apabila bertemu arwah, saya tidak mampu menyembunyikan kesedihan. Ini kerana sebelum perjumpaan itu, saya mendapat tahu arwah sedang bertarung sakit.
Sumber: Berita Harian