Lukisan pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor, sering kali mendapat perhatian ramai orang terutamanya di kalangan selebriti tanah air.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Sentiasa Bersama Palestin & Semoga Mereka Terus Kuat Di Sana’ – Mimi Lana
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kenangkan Bagaimana Keadaan Anak-Anak Angkat Saya Di Gaza’ – Siti Nurhaliza
Dapat sokongan penuh
Ketika ditemui OhBulan, Asni berasa terharu dengan penghargaan dan sokongan yang diberikan rakan-rakan selebriti terhadap karya seninya.
Menurut Asni, 20 peratus daripada hasil jualannya akan disalurkan kepada Tabung Cinta Gaza dan bantuan kemanusiaan di negara ini sebagai salah satu usaha kecil kepada golongan yang memerlukan.
Apa yang boleh saya katakan rakan-rakan artis ini sangat menghargai karya saya. Mereka memberikan sokongan penuh terhadap setiap hasil kerja yang dibuat.
Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan dan rupa-rupanya orang seni lebih menghargai dan menilai seni yang dihasilkan.
Alhamdulillah, setakat ini lebih 10 lukisan sudah terjual dan sebanyak 20 peratus hasil jualan saya salurkan ke Tabung Cinta Gaza serta bantuan kemanusiaan di negara ini sebagai usaha kecil untuk membantu golongan memerlukan.
Saya juga menerima permintaan daripada orang luar selepas beberapa selebriti seperti Uqasha Senrose dan Mimi Lana membeli lukisan saya baru-baru ini.
Tambah pendakwah bebas berusia 48 itu, dia akan mula melukis jika mempunyai masa terluang, dan ini juga merupakan salah satu cara untuk ‘healing’.
Asni berkata demikian sejurus usai program Pentas Marhaban yang diadakan di TV AlHijrah, pada Sabtu.
Setiap kali ada masa terluang saya akan mula melukis. Inilah cara saya ‘healing’ dan kebiasaannya saya dapat idea untuk melukis ini apabila membaca al-Quran.
Jadi, bagaimana saya nak menghayati dan merenung makna ayat al-Quran ini ke dalam hati dan menceritakan kepada orang ramai, saya terjemahkan dalam bentuk lukisan.
Selain itu, lukisan ini juga menjadi alat bantu mengajar saya. Alhamdulillah saya nampak sentuhan seni ini memang boleh menyentuh hati setiap manusia.
Dalam pada itu, Asni mendedahkan dia turut mempunyai perancangan untuk membuka sebuah galeri pada tahun depan.
Selain itu, dia juga baru mendapat jemputan ke Osaka, Jepun untuk membuat pertunjukan di sana.