berita

Rakyat Brunei Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Acara Keagamaan Di Malaysia, Jumlah Terkini 6 Kes

March 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui wabak COVID-19 sudah mula menular di Asia Tenggara sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, wabak tersebut sudah memasuki gelombang yang kedua dan angka pesakit juga semakin meningkat.

Jika sebelum ini negara Brunei dilaporkan tiada sebarang kes yang dikesan. Terbaru, Kementerian Kesihatan negara tersebut mengesahkan kes positif yang pertama melibatkan wabak itu.

Seorang lelaki warganegara tempatan

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Brunei, seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai positif wabak COVID-19 selepas pulang daripada Malaysia bersama tiga orang rakannya. Lelaki tersebut mula menunjukkan simptom kurang sihat, sakit badan, demam panas, batuk dan selsema selepas pulang semula ke negaranya.

Sebaik disoal siasat, warga emas itu pernah mempunyai rekod perjalanan ulang alik ke Miri pada 6 Mac yang lalu. Ekoran daripada itu, pihak kementeriaan mengambil tindakan yang lanjut untuk melakukan pemeriksaan kepada beberapa kontak rapat kes pertama bagi memantau kesihatan mereka. Setelah pemeriksaan dilakukan, lima daripada kontak rapat tersebut juga disahkan positif juga. Jumlah keseluruhan pesakit yang dijangkiti wabak tersebut mencatatkan enam orang termasuk warga emas berusia 53 tahun itu.

Melaksanakan penyiasatan kontek

Kementerian Kesihatan Brunei juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu. Sebagai rakyat dan penduduk negara berkenaan mereka seharusnya mendoakan kesejahteraan orang-orang yang dijangkiti wabak COVID-19.

Sumber: Ministry of Health, Brunei Darussalam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×