berita

Rakyat Keliru Arahan Kerja Dari Rumah, Minta Penjelasan Lanjut Kerajaan

October 20th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi laporan sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak perlu hadir ke pejabat dan boleh kerja dari rumah.

Hal ini berikutan untuk mengurangkan pergerakan pekerja yang terpaksa bekerja kerana kilang-kilang dan premis-premis dibuka seperti biasa sehingga dilihat seolah-olah seperti tiada kawalan.

9 kes positif di tempat kerja

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob susulan terdapat 9 kes positif melibatkan mereka di tempat kerja.

Tambah Ismail Sabri lagi, usaha kerajaan itu adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19 dengan mengurangkan pergerakan orang ramai.

Untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di kawasan PKPB ini, kita mengurangkan pergerakan pekerja. Difahamkan dengan keputusan ini, 1 juta pekerja dapat dikurangkan daripada bekerja di pejabat dan juga sektor-sektor industri dan perkilangan.

Kerja dari rumah mulai 22 oktober

Beliau turut menegaskan agar majikan-majikan mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah. Arahan bekerja dari rumah ini akan berkuatkuasa bermula pada 22 Oktober.

Perincian mengenai jenis pekerjaan, prosedur operasi standard dan sebagainya akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam waktu yang terdekat.

Respon netizen

Sementara itu di media sosial, segelintir netizen mendakwa majikan mereka di tempat kerja tidak membenarkan mereka bekerja dari rumah atas pelbagai alasan. Tak kurang juga yang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan kerana bimbang pekerjaan mereka terjejas.

Full video

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×