berita

Rakyat Malaysia Kongsi Bagaimana PTPTN Bantu Mereka Melanjutkan Pelajaran

September 10th, 2022 | by Sya Alkaf
Pendidikan

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk memastikan tiada anak-anak Malaysia yang tercicir dalam aspek pendidikan.

Tekad mereka adalah bagi memastikan golongan ini dapat menuntut ilmu tanpa sebarang tekanan kewangan demi mengenggam segulung ijazah.

Setelah 25 tahun usaha ini diteruskan PTPTN berjaya melahirkan ramai graduan berbakat besar yang kini sudah mampu menempa nama dalam industri masing-masing sekaligus meningkatkan taraf kehidupan mereka dan keluarga.

‘Tanpa PTPTN Saya Mungkin Tangguh Atau Berhenti Belajar’ – Encik Mohd Zaini, 48 tahun.

Menurut Encik Mohd Zain, beliau bergelut dengan masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UiTM Shah Alam.

Permohonan pinjaman beliau kemudiannya diluluskan pada semester kedua. “7 orang kawan saya membantu membiaya saya pada semester pertama, sekiranya tak dapat pinjaman PTPTN pada semester kedua saya memang akan mohon tangguhkan pengajian atau berhenti.” ujar beliau.

“Alhamdulillah dapat. sememangnya PTPTN hadir pada waktu yang saya perlukan.” Kata Encik Mohd Zaini.

Beliau yang juga seorang aktivis OKU dan Pengasas Pondok OKU & Yayasan FAQEH menyifatkan bahawa sepanjang beliau di UiTM beliau tidak perlu pening memikirkan hal kewangan atau kerja. Sebaliknya, beliau dapat fokus belajar sepenuhnya sehingga berjaya meraih Anugerah Dekan pada setiap semester serta menerima Anugerah Naib Canselor.

Lebih manis lagi Encik Mohd Zaini turut diangkat sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangasaan 2021 berikutan sumbangan berterusan beliau menerusi aktiviti kemasyarakatan terutama sekali dalam perihal kerohanian OKU yang mana menurutnya adalah cara terbaik untuk beliau menyumbang semula kepada masyarakat.

Bangga Malaysia punya medium seperti PTPTN untuk membangunkan modal insan

Berkat bantuan PTPTN semasa pengajian peringkat Ijazah beliau di dalam negara, Encik Mohd Zaini berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, katanya di sana beliau sempat bercerita pada kawan-kawan warganegara lain tentang PTPTN yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia.

“Mereka teruja kerana di negara mereka hanya yang sangat cemerlang dan kaya sahaja boleh melanjutkan pengajian.”

Justeru itu, beliau ingin menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja PTPTN yang telah membantu anak bangsa untuk tidak keciciran dalam meningkatkan taraf pengajian.

Duit bukan segalanya tapi segalanya perlu duit. Termasuk dalam melatih modal insan. PTPTN telah menjadi landasan untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran dan berkemahuan tinggi.

Bila ditanya jika ada sedikit pesanan buat peminjam PTPTN, Encik Mohd Zaini menyeru agar para peminjam meneruskan perjuangan untuk membayar balik pinjaman yang telah diberikan.

“Jadikan agenda untuk membayar balik pinjaman sebagai satu keutamaan selepas tamat pengajian (selain mendapatkan pekerjaan). Sekiranya mampu, usaha untuk dapatkan keputusan pengajian yang cemerlang demi mendapatkan pengecualian untuk bayaran balik pinjaman.”

Buat persediaan awal demi masa depan keluarga dan anak-anak – Encik Alan, 35 tahun.

Selain menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar, PTPTN turun menyediakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) iaitu pelan simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tabung bagi tujuan pendidikan tinggi.

Menyedari ini adalah satu peluang yang baik untuk dimanfaatkan, Encik Alan, seorang penganalisis sistem memilih untuk membuka akaun Simpan SSPN Plus sebagai persediaan awal demi masa depan keluarga dan anak-anak.

Beliau mula mengenali Simpan SSPN Plus melalui Boost wallet dan kemudian memilih untuk membuka akaun secara online.

Kata Encik Alan “Dengan Simpan SSPN Plus, saya akan lebih senang hati pada masa yang akan datang terutamanya apabila anak-anak ingin melanjutkan pelajaran ke universiti”

Beliau mengakui PTPTN melalui Simpan SSPN Plus telah membantu beliau dan keluarga membuat perancangan kewangan dengan lebih baik. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih kepada PTPTN kerana memberikan platform pinjaman dan simpanan yang mudah dan cekap.

“PTPTN mainkan peranan yang amat penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Dengan pinjaman PTPTN, ia akan menggalakkan lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan melahirkan generasi modal insan yang professional dalam pelbagai bidang.”

Dengan PTPTN tiada apa mampu menghalang impian korang!

Sehingga Julai 2022, PTPTN telah membantu lebih 3.67 juta pelajar dengan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan sebanyak RM67.03 bilion.

Simpan SSPN pula mencatatkan jumlah deposit simpanan yang diterima adalah sebanyak 12.65 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.5 juta.

Azam dan tekad PTPTN sepanjang 25 tahun ini dan kedepannya tidak akan pernah berubah untuk sentiasa membantu dan mempermudahkan para pelajar untuk menyambung pelajaran dan memberi pendidikan perancangan kewangan kepada masyarakat Malaysia seawal usia.

PTPTN turut melancarkan aplikasi myPTPTN demi memudahkan orang ramai untuk menyemak penyata pinjaman, penyata Simpan SSPN Plus serta untuk membuat pembayaran semula.

Aplikasi myPTPTN boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play atau HUAWEI App Gallery.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi di www.ptptn.gov.my dan muat turun aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

SKIP THIS AD ×