berita

Rakyat Malaysia Love Makanan Pedas! 400 Peserta Cabar Diri Dalam ‘Fire Chicken Challenge’

October 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Recheese Factory

Dengan hampir 400 orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Fire Chicken Challenge yang dianjurkan Richeese Factory, cukup membuktikan bahawa rakyat Malaysia gemar dengan makanan pedas.

Fire Chicken Challenge

Recheese Factory

Fire Chicken Challenge yang dianjurkan oleh jenama ayam goreng terkenal dari Indonesia iaitu Richeese Factory, berlangsung selama dua hari iaitu bermula 7 dan 8 Oktober di pusat beli-belah MyTown Kuala Lumpur.

Menerusi pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencabar ketahanan diri mereka untuk menghabiskan ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken dalam masa yang paling pantas.

Pengurus Richeese Factory Malaysia, Joel Lee berkata, pertandingan ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati keenakan ayam goreng jenama mereka.

Pertandingan Fire Chicken Challenge ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pengemar ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken untuk mencabar tahap kepantasan dan had kepedasan mereka.

Pada masa yang sama, inilah cara kami untuk turun padang dan menerima maklum balas orang ramai tentang ayam goreng dan produk-produk Richeese Factory.

Pertandingan Fire Chicken Challenge dibuka secara percuma untuk disertai oleh orang ramai dengan cara mengimbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang pendaftaran dan menjanjikan hadiah yang cukup lumayan.

Menang hadiah lumayan

Recheese Factory

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan baucar bernilai RM500. Tempat kedua pula akan memenangi hadiah wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM500 dan tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan baucar bernilai RM500.

Manakala, para pemenang saguhati tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana mereka akan menerima wang tunai RM250 dan baucar bernilai RM250 setiap seorang.

Richeese Factory telah diperkenalkan di Malaysia sejak 8 bulan lalu dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya.

Sehingga akhir September 2023, terdapat sejumlah 8 cawangan Richeese Factory di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Tambah Joel Lee lagi, pihaknya menyasarkan pembukaan cawangan sebanyak 30 lagi menjelang tahun hadapan.

Sasaran Richeese Factory adalah 15 cawangan pada tahun ini dan menambah 30 cawangan lagi pada tahun hadapan.

Maklum balas positif terhadap kualiti dan keenakan produk Richeese Factory memberi keyakinan kepada kami untuk terus memajukan perniagaan di Malaysia dengan memasuki pasaran di semua negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Apatah lagi, ayam goreng Fire Chicken kami telah mula mengumpul ramai
penggemar setia terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia.

Keistimewaan Richeese Factory yang unik ialah sos keju yang melengkapi setiap hidangan makanan yang disediakan. Ini membezakan Richeese Factory dengan jenama-jenama lain yang ada dipasaran.

Selain itu, Richeese Factory turut menyediakan sos BBQ dengan tahap kepedasaan yang bermula dari tahap 0 hingga 5. Apa lagi, anda perlu cuba sekarang!

SKIP THIS AD ×