Sekadar gambar hiasan
Kisah pembunuhan rakyat Malaysia, Chong Kai Wong, 24, di Australia mendapat perhatian media. Menerusi laporan The Sydney Morning Heral, Chong berada di negara berkenaan menggunakan visa percutian namun dia dipercayai bekerja sebagai ‘penjaga tanaman’ bagi kumpulan jenayah Asia Tenggara yang menanam ganja.
Bekerja sebagai penjaga tanaman
Foto: The Star
Menerusi laporan The Star, Chong dipercayai menjaga sehingga 1,000 pokok di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, dia didakwa dibunuh berikutan berlakunya pertikaian mengenai wang dengan ahli kumpulan berkenaan.
Bercerita lebih lanjut, mereka dipercayai menanam ganja di kawasan terpencil kira-kira 40 kilometer dari Bathurst untuk kumpulan jenayah Asia Tenggara. Mayat mangsa dijumpai lima hari selepas tiga lelaki yang masing-masing berusia 33, 22, dan 28 ditahan oleh polis. Pihak polis percaya Chong telah dibunuh lebih setahun yang lalu berikutan terlibat dengan kartel dadah.
Minta duit kepada keluarga
Sekadar gambar hiasan
Selepas Chong hilang, Junqi Huang, 33, yang didakwa sebagai salah seorang suspek cuba memeras wang daripada keluarganya dan sebagai pulangan akan memberikan maklumat mengenai keberadaan Chong. Bagaimanapun, keluarga mangsa yang berada di Malaysia enggan untuk membayarnya dan turut menyatakan kekesalan terhadap dakwaan pembunuhannya.
Bercerita lebih lanjut dua individu lain yang ditahan adalah Yilin Liu, 22 dan Youzong Chen, 28. Mayat mangsa juga akan dilakukan pemeriksaan forensik dan melalui ujian DNA.
Sumber: The Star