berita

Rakyat Malaysia Positif Covid-19 Selepas Hadiri Himpunan Tabligh, Jumlah Terkini 149 Kes

March 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan itu di Masjid Sri Petaling, di sini pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.(KKM) sedang mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan itu pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

10 ribu orang terlibat

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mereka akan menghimpunkan kesemua jemaah tabligh itu selepas menerima laporan International Health Regulations (IHR) dan Focal Point (FP) Brunei yang mengesan satu kes positif COVID-19 ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Tambahnya, lebih 10 ribu orang jemaah dari pelbagai negeri dan negara dipercayai terlibat dalam perhimpunan tersebut. Beliau juga memberitahu lebih daripada separuh jumlah tersebut merupakan jemaah Malaysia.

Kes berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020. Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini membabitkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai perkara itu di setiap negeri.

Seorang warga emas positif

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, seorang warga emas yang menghadiri perhimpunan tersebut dipercayai positif COVID-19. Warga emas tersebut merupakan kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan selepas dia mempunyai gejala demam, batuk serta selsema pada 4 Mac lalu.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa pesakit tersebut dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama selepas mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang untuk ujian pengesanan COVID-19.

Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari. Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan.

Menurut satu siasatan teliti yang dilakukan KKM terhadap pesakit ke-131 itu, mereka mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling juga.

Pemeriksaan kesihatan COVID-19

Menerusi Facebook salah seorang jemaah tabligh yang dikenali sebagai Erwan, dia memuat naik beberapa foto di mana kebanyakkan daripada mereka yang menghadiri perhimpunan tempoh hari sudah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan mengenai wabak Covid-19 tersebut. Setakat ini, 149 kes telah disahkan oleh pihak KKM mengenai wabak COVID-19 di Malaysia.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian & Erwan Warga Iska

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×