berita

‘Rakyat Malaysia Pun Cakap Ada Slang’- Video Duta Perancis Berbahasa Melayu Ini Dipuji Netizen.. Sempoi Habis!

May 18th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selain rakyat Malaysia, orang di negara luar juga turut meraikan hari bersejarah di Malaysia apabila Pakatan Harapan (PH) telah menewaskan Barisan Nasional (BN). Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini juga mendapat liputan media seluruh dunia, tambah-tambah lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri.

Justeru itu, Duta Perancie ke Malaysia, Frédéric Laplanche membuat satu ucapan dalam satu video. Tetapi apa yang menarik perhatian orang ramai adalah bila Frédéric memberi ucapan dalam bahasa ibunda kita, iaitu Bahasa Melayu!

Macam dah biasa cakap Melayu!

Menerusi video di Facebook rasmi France in Malaysia, Duta Perancie ke Malaysia, Frédéric Laplanche telah memberi ucapan dalam Bahasa Melayu. Ramai memuji dialek, percakapan serta susunan ayat Frédéric yang sangat tersusun. Malah cara dia berbahasa juga seperti sudah biasa mempraktikkannya setiap hari.

Video diatas ditonton sebanyak 319,000 dan telah mendapat perkongsian lebih 11,000 di Facebook. Ini antara komen orang ramai.

Susunan ayat bagus, takde dialek pelik

Sumber: Facebook France in Malaysia

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×