berita

Rakyat Malaysia Rempuh 6 Pemotong Rumput Thailand Rupanya Tiada Lesen Memandu Sah!

August 15th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini viral sebuah kemalangan yang telah berlaku di Songkhla, Thailand melibatkan pemandu kereta dari Malaysia merempuh  5 orang pemotong rumput warga Thailand. Insiden tersebut telah melibatkan 5 warga Thailand itu maut di tempat kejadian.

Setelah kes disiasat mendapati, pemandu wanita berusia 30 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang sah dan bakal dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak melebihi 20,000 Baht (RM2,721) jika disabitkan kesalahan.

Dilarang meninggalkan Thailand

Menurut laporan MalaysiaKini, wanita itu disabitkan kesalahan memandu dengan melulu sehingga mengakibatkan kematian dan merosakkan harta benda awam.

Bagaimanapun, pemandu wanita itu perlu membayar wang pampasan sebanyak 50,000 Baht (RM6,764) kepada setiap keluarga mangsa dengan jumlah keseluruhan bernilai 250,000 Baht (RM33,823) dan denda 200 Baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Sementara itu, pihak Polis Thailand bersetuju untuk mengurangkan jaminan daripada 500,000 Baht (RM68,000) kepada 200,000 Baht (RM27,000). Wanita tersebut dilarang meninggalkan Thailand sehingga kes perbicaraan selesai.

Rempuh 6 pemotong rumput

Difahamkan pemandu wanita itu bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Krabi menuju Hatyai dan pacuan empat roda itu merempuh 6 orang pekerja pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan. Kemalangan itu melibatkan 5 orang maut dan hanya seorang cedera parah.

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×