berita

Beli 4 Jenis Insurans Ini Sekiranya Anda Memandu Kenderaan Sendiri Masuk Ke Thailand

August 15th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Insurans masuk Thailand dengan kereta

Insurans wajib – compulsory insurance 

Insurans wajib ini tidak memberikan pampasan sepenuhnya. Mempunyai had perlindungan setakat 80,000 Baht (RM10,000) sahaja. Ini adalah insurans yang paling digemari dalam kalangan rakyat Malaysia yang memasuki Thailand.

Insurans ini untuk melindungi rakyat Thailand sahaja sekiranya berlaku kemalangan. Tambahan, undang-undang di Thailand memberi perlindungan kepada warganegaranya sahaja. Harga bagi insurans Siam City ini adalah sebanyak RM18 sahaja dengan perlindungan selama 9 hari.

Insurans sukarela – voluntary insurance

Insurans sukarela ini memberi had perlindungan kecederaan sehingga 300,00 Baht dan kerosakan kereta bagi pihak ketiga sehingga 200,000 Baht. Sekiranya anda telah mengambil dan membeli insurans sukarela ini, anda tidak perlu mengambil insurans wajib.

Insurans ini tidak melindungan kereta anda tetapi hanya melindungi kereta pihak ketiga sahaja. Harga Siam City Insurance bagi pakej ini sekitar RM 95 sahaja.

Ensorsement Insurans

Misalnya, kereta anda menggunakan Etiqa Takaful dan anda boleh menghubungi syarikat Etiqa Takaful untuk membuat Ensorsement Extention ke Thailand. Anda haruslah memegang polisi syarikat tersebut sekiranya mahu buat Endorsement Extention.

Anda boleh memohon extention untuk tempoh selama mana anda mahu ke Thailand. Hanya Insuran Komprehensif sahaja yang boleh buat extention, manakala pihak ketiga tidak boleh memohon.

Ini adalah procedur sekiranya berlaku kemalangan di Thailand. Pertama adalah buat laporan polis terlebih dulu, tow kereta ke sempadan Malaysia adalah atas kos sendiri, dari sempadan towing ditanggung oleh Etiqa Takaful. Manakala, repair kereta kena buat di workshop Malaysia. Terakhir, untuk kenderaan 3rd party di Thailand, mereka perlu dahulukan duit sendiri baru boleh claim pada Etiqa Takaful di Malaysia. Urusan ini engambil masa antara 2 hingga 6 bulan.

Insurans perjalanan – travel insurance

Insurans perjalanan ini adalah tambahan kepada perlindungan anda. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan Insurans Perjalanan dan insurans ini lebih kepada perlindungan untuk diri sendiri.

Apabila berlakunya kemalangan di Thaiand, kos menjadi agak tinggi sekiranya tiada insurans wajib dan voluntary insurance. Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan.

Jadi, untuk anda yang ingin ke Thailand dengan memandu kenderaan sendiri adalah dinasihatkan membeli insurans ini demi jaminan diri sendiri sekiranya berlakunya kemalangan. Pelbagai jenis insurans yang dijual di kedai-kedai sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam sekiranya anda masuk melalui negeri Kedah.

 

Sumber: Mattopi Lala, Cuti Lagi,

SKIP THIS AD ×