berita

Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Wuhan Selamat Dibawa Pulang & Mendarat Di KLIA

February 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seramai 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar dekat wilayah Hubei akibat penularan wabak coronavirus akhirnya berjaya dibawa pulang oleh pesawat khas. Kesemua mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pagi tadi (4 Februari 2020).

Selamat mendarat di KLIA

Menerusi laporan Berita Harian, kesemua rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan itu diselamatkan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia berikutan dengan penularan wabak coronavirus yang melanda negara tersebut. Setibanya di KLIA, kesemua mereka kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk tapisan kesihatan.

Pesawat khas yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe itu telah membawa seramai 133 individu yang terdiri daripada 107 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, 12 kru pesawat dan 8 orang petugas misi dan 6 pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing.

Rakyat Malaysia masih di Wuhan

Namun, tidak semua rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dan ada lagi diantara mereka yang masih berada di sana. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) difahamkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan baki rakyat Malaysia yang tidak dibawa pulang dari Wuhan.

Sementara itu, pesawat khas AirAsia itu turut membawa 500,000 bekalan sarung tangan getah untuk disumbangkan kepada kerajaan China dimana secara tidak langsung dapat membantu negara tersebut dalam operasi menangani masalah penularan wabak coronavirus tersebut.

Sumber: Berita Harian, Malaysiakini, Bernama

SKIP THIS AD ×