berita

‘Rakyat Sudah Dikurung Hampir 2 Bulan, Tindakan Ini Tidak Lagi Relevan..’ – TMJ

July 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: New Straits Times

Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi perkongsian di akaun Facebook memaklumkan bahawa tindakan kerajaan ‘mengurung’ rakyat Malaysia seakan sudah tidak relevan lagi. Oleh hal demikian, beliau berpendapat supaya kerajaan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) serta melakukan pelbagai inisiatif lain dalam membendung wabak Covid-19.

Kaji semula SOP

Foto: The Straits Times

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perjumpaan bersama Menteri Besar Johor Hasni Mohamad bersama Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Azmi Rohani telah menitahkan supaya kerajaan negeri mempercepatkan pelaksanaan inisiatif bagi melawan wabak Covid-19. Bukan itu sahaja, angka kes harian positif Covid-19 di Malaysia agak tinggi dan membimbangkan.

Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan. Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan.

Sementara itu, TMJ turut berpendapat agar ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi perlu diperkenalkan dan digunakan oleh semua individu terutamanya bagi petugas barisan hadapan serta sektor penting yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas. TMJ juga menitahkan supaya proses vaksinasi di negeri Johor dipercepatkan.

Saya juga telah menitahkan agar proses vaksinasi untuk Bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperolehi vaksin secara pembelian terus. Dengan ini, saya berharap kita akan berjaya mengatasi pandemik ini. Allah Peliharakan Sultan.

Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

SKIP THIS AD ×