berita

Kes Covid-19 Makin Tinggi Sebab Kilang Buka, Shahrulezad Minta Mutfi Keluarkan Fatwa

July 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Shahrulezad

Pengarah drama terkenal iaitu Sharulezad atau lebih mesra disapa dengan panggilan Budak Ijat menerusi satu hantaran di Facebook tampil memberikan respon berhubung situasi semasa negara mendepani pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih tiada kesudahan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’ – Pengarah

Artikel Berkaitan: ‘Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?’ – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu?

Artikel Berkaitan: ‘Apa Lagi Yang Patut Kami Buat?’ – Fizo Omar Pun Pelik, Dah PKP Tapi Kes Tak Turun

Kenapa senyap?

Foto: Shahrulezad

Ujar pengarah ‘Takdir Yang Tertulis’ itu, dia merasa pelik kenapa pihak yang berkenaan khususnya Mufti tidak mengeluarkan hukum berkaitan situasi semasa berkenaan Covid-19.

Tapi kenapa bila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Besar Selangor sendiri mengakui 80% punca Covid di Selangor datang dari kluster kilang yang dibenarkan beroperasi Datuk-Datuk Mufti semua senyap sunyi membisu tanpa kata.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa haram bagi sesiapa yang merentas negeri bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidilfiri. Mahu tidak mahu, rakyat terpaksa akur walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk pulang ke kampung bagi berjumpa keluarga dan menyambut perayaan itu.

Abam teringin nak tanya satu soalan pada Mufti-Mufti ni semua. Hari tu masa rakyat degil merentas negeri sebab nak sambut raya spontan itu Datuk-Datuk Mufti keluarkan fatwa HARAM! Dan fatwa tu dikeluarkan sebelum rakyat sempat merentas lagi.

Takkan tak boleh keluarkan fatwa yang sama?

Foto: Shahrulezad

Tidak berakhir di situ, Shahrulezad juga sempat menceritakan situasi semasa negara mendepani pandemik Covid-19. Kes harian yang tidak berkurangan ini membuatkan rakyat ‘jemu’ dan penat melalui kehidupan memandangkan terpaksa duduk di rumah untuk beberapa bulan.

Takkan tak boleh keluarkan fatwa yang sama? Dah sebulan kot kita dah start PKP tapi kes tak turun turun dan sekarang nak sambung PKPD pulak. Kilang-kilang tetap juga dibenarkan buka walaupun kes mencanak-canak naik. So fatwanya mana? Nak tunggu semua orang mati ke baru nak keluarkan fatwa? Ke nak keluarkan fatwa kena tunggu sign dari MITI?

Menjengah ke ruang komen, ada yang kurang bersetuju dengan perkongsian Shahrulezad ini. Dakwa mereka, tidak perlu menyalahkan Mufti kerana bidang kuasa yang berbeza.

Sumber: Shahrulezad Mohameddin

SKIP THIS AD ×