Pelakon hebat, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya iaitu Datuk Basir Ahmad menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Ramadan pertama tanpa bapa
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dibuat, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsi foto dirinya yang sedang duduk mencangkung berhadapan dengan kubur arwah bapanya.
Sharnaaz yang penuh sayu meluahkan bahawa Ramadan tahun ini terasa sedikit berbeza tanpa kehadiran bapanya di sisi.
Selamat menyambut Ramadan buat hero, idola dan papa saya iaitu Basir Ahmad @ Bazir Ahmad.
Al-fatihah papa, tak akan pernah sama dan tak akan pernah surut rindu ini.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan kata-kata semangat buat Sharnaaz dan mendoakan agar roh bapa kepada pelakon filem ‘Polis Evo 3’ itu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Pada 27 November tahun lalu, ayah kepada Sharnaaz Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi Rabu.
Berita sedih itu dikongsikan sendiri Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram (IG).