berita

‘Ramai Akan Mengaku Gila’ – Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Pembunuh Kucing Dobi Dihukum

July 14th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial video CCTV seorang lelaki memasukkan 3 ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong, Selangor sehingga menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, seorang wanita mengesahkan bahawa suspek merupakan orang kurang siuman.

Artikel Berkaitan: Suspek Pembunuh Kucing Dobi Ditahan Polis, Rupanya Orang Kurang Siuman

Terbaru, Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association melahirkan rasa kesal atas pembunuhan ke atas 3 ekor kucing tersebut. Mereka juga berharap agar suspek dikenakan tindakan undang-undang mengikut kaedah berbeza.

Sikap agresif ini mungkin boleh berulang

Pembunuhan ngeri Kucing Dobi Kepong bukan hal biasa dan tidak boleh dipandang ringan. Dakwaan segelintir golongan seolah-olah mengiyakan perlakuan ganas dan kejam ini sebagai satu perlakuan boleh maaf kerana alasan GILA adalah pandangan golongan tidak celik undang-undang. Perlu diingatkan bahawa kebahayaan sikap agresif perlakuan orang yang dikatakan gila bakal berulang dan mungkin orang yang dibela dan dilaungkan gila ini boleh mengorbankan anak kecil dan orang dewasa selain haiwan.

Jika alasan GILA dijadikan pedoman untuk membela pelaku pengganas haiwan bagi meraih simpati. Maka negara ini tidak perlu undang-undang haiwan bagi membela nasib haiwan yang dizalimi. Jika ada kejadian pembunuhan haiwan secara sadis. Dikhuatiri semua Pengganas haiwan akan mengaku GILA bagi mendapatkan keistimewaan sewaktu dalam tahanan reman atau untuk elak ditangkap sebelum kes dibawa ke mahkamah dan diadili kebenaran status GILA pelaku.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association, perbuatan tersebut tidak boleh dipandang ringan memandangkan dikhuatiri akan membahayakan orang lain dan perlakukan agresif tersebut mungkin boleh berulang. Alasan tidak siuman bukanlah tiket untuk membolehkan pesalah dibebaskan tanpa ada hukuman setimpal.

Orang mental dikurung ke hospital gila

Perlu diingatkan proses mengiktiraf GILA adalah ditentukan ketika penghujahan kes di Mahkamah. Arahan pemeriksaan kesihatan psikologi diperintah hakim melalui permohonan sewaktu pertuduhan berlangsung dan bukannya datang daripada kepercayaan individu seolah-olah memihak kepada keganasan haiwan. Malaysia cukup Undang-Undang untuk mendakwa orang GILA yang buat jenayah. Pendakwaan tetap dijalankan tetapi perbicaraan dan Hukuman akan dibaca sekali di bawah Undang-Undang keistimewaan golongan GILA ini.

Jika penyakit GILAnya terbukti sah oleh penganalisis psikiatrik. Hukuman tetap berlangsung namun Pengganas haiwan GILA bakal disumbat di Hospital Mental untuk rawatan penyakit GILA supaya mengelak daripada berlaku kemudaratan awam yang lain. Justeru Animal Malaysia menasihati segelintir golongan pembela pengganas haiwan supaya tidak mewar-warkan mengenai alasan GILA seolah-olah tiket untuk tidak menghukum pengganas haiwan. Hukuman tetap perlu berjalan namun kaedahnya berbeza. ORANG BIASA KE PENJARA. ORANG MENTAL DIKURUNG KE HOSPITAL GILA!

Kesalahan tersebut haruslah diberi tindakan sewajarnya agar tidak berlaku kemudaratan awam yang lain. Persatuan ini turut berharap agar hukuman tetap berlangsung dan pesalah boleh dihantar ke Hospital Mental untuk tujuan rawatan.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×