Pelakon, Aliff Aziz dilihat bersikap profesional ketika mempromosikan drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ di media sosial. Meskipun terpalit dengan kontroversi bersama heroin drama tersebut, netizen memberi pujian buat Aliff kerana menolak tepi isu yang sudah berlaku di antara dirinya dengan Sophia AlBarakbah.
Artikel berkaitan: ‘Pelakon Macam Ni Sepatutnya Kena Buang Dalam Industri Seni’ – Isteri Caprice Beri Komen Pedas Isu Tersuka Suami Orang
Artikel berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia AlBarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz
Artikel berkaitan: ‘Dia Kata Tersuka Suami Saya’ – Bella Astillah Dedah Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz, Kantoi Missed Call Banyak Kali!
Artikel berkaitan: ‘Please Don’t Tell My Parent’ – Bella Astillah Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Sophia AlBarakbah
Respect Aliff
Menurut Aliff, drama arahan Osman Ali ini bakal mengisi slot Akasia TV3 pada 6 Februari ini. Sebagai pelakon utama, Aliff dilihat mengajak peminatnya untuk menonton drama tersebut. Ujar Aliff lagi, drama ini berkisahkan tentang Raisya Hanna (Sophia), seorang gadis yang menjadi mangsa fitnah manusia lantaran sifat cemburu dan iri hati.
Permulaan kisah Luth Mikhail dan Raisya Hannah akan tiba tidak lama lagi. Lamaran yang diterima demi pembalasan dan kebencian membawa kepada suatu penjelasan.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata netizen memberi pujian buat Aliff kerana bersikap profesional tatkala mempromosikan drama tersebut. Tambah netizen, mereka berharap Aliff mengambil watak antagonis selepas ini agar tidak timbul kontroversi seperti yang berlaku sekarang.
Terdahulu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan rasa marah apabila seorang pelakon wanita cuba mendekati suaminya. Ujar Bella, pelakon tersebut telah missed call suaminya sebanyak 7 hingga 8 kali pada waktu pagi. Lebih teruk, pelakon itu mengaku tersuka Aliff.
Sumber: Aliff Aziz