Seperti yang diketahui ramai, pelakon jelita iaitu Nora Danish kini kembali hidup ‘solo’ selepas sah berpisah secara baik bersama bekas suaminya, Nedim Nazri pada 19 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Punca Perceraian – ‘Kami Duduk Berasingan Sejak Enam Bulan Lalu’
Ramai lelaki cuba ‘masuk jarum’
@noradanishhanif My forever gf ;) @Inayah Beauty Trading #gattox ? original sound – Danish Hanif
Terbaharu, hantaran video ‘latest’ Nora di hantaran TikTok telah menarik perhatian ramai apabila dipenuhi dengan komen jejaka yang mencuba nasib ingin berkenalan dengannya.
Menerusi perkongsian tersebut, ramai jejaka daripada pelbagai peringkat umur dilihat memperkenalkan diri mereka sambil berseloroh mendedahkan kebolehan yang ada pada mereka.
Terdahulu, Nora dan bekas suaminya, Nedim akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Pada 29 April lalu, Nora mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak.
Nora mengaku dia dan Nedim berusaha perbaiki hubingan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak mereka.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Komen netizen
Sumber: TikTok Nora Danish