berita

Ramai Mengeluh Muka Breakouts Teruk. Ini 3 Rutin Mudah Untuk Rawat Kulit Bermasalah

September 10th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Miliki kulit yang bersih tanpa sebarang cela sememangnya menjadi impian setiap individu khususnya golongan wanita. Tapi, admin yakin tak semua orang bernasib baik. Sebenarnya, masih ramai lagi dekat luar sana berhadapan dengan pelbagai masalah kulit wajah.

Paling menyedihkan, ada  yang dah banyak habiskan duit semata-mata untuk beli dan cuba macam-macam skincare. Malangnya, semua usaha tu tak memberi hasil yang baik.

Paling tragis, ada jugak yang terpaksa menanggung derita masalah kulit menjadi semakin teruk dek kerana tersalah pilih produk. So, dalam artikel ini, kami nak kongsikan dengan korang 3 cadangan rutin penjagaan kulit paling simple untuk korang ikut bagi merawat kembali kulit muka yang bermasalah.

Dan kami juga sertakan cadangan produk penjagaan kulit yang diyakini lebih selamat dan berkesan untuk korang cuba. Tak perlu skincare berlapis-lapis guys. Guna satu produk je pun boleh flawless. Good luck!

1. Bersihkan muka

Syarat paling utama kalau nak kulit cantik mestilah rajin membersihkan muka. Walaupun kulit muka kita nampak bersih sempurna, tapi sebenarnya masih ada kotoran tersembunyi yang boleh menyebabkan kulit muka berjerawat tau. Kulit muka kita perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Kalau korang nak tahu, lapisan sebum di atas permukaan kulit (epidermis) dikenali sebagai ‘faktor pelembapan semula jadi’ (NMF). NMF berfungsi melindungi air yang terdapat di lapisan epidermis sekaligus membantu mengelakkan kulit muka menjadi kering. – sumber

Walau bagaimanapun, penggunaan produk penjagaan kulit yang kurang sesuai atau faktor gaya hidup yang tidak teratur sedikit sebanyak akan mempengaruhi NMF dan menyebabkan ia terganggu.

Kesannya kulit muka korang berisiko mengalami pelbagai reaksi berbeza seperti masalah kekeringan, kemerahan serta jerawat dan kesan ini bergantung juga kepada jenis kulit individu tersebut.

 

Bagi rutin ini, kami cadangkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Pencuci muka ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit normal, berminyak, kering, sensitif atau kulit jenis kombinasi. Cetaphil Gentle Skin Cleanser berkerja secara lembut pada kulit. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya sangat selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya.

Paling penting, ia tak mengandungi sabun , takde bahan pewangi, tak memedihkan mata dan tak menyebabkan kerengsaan kulit. Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai untuk seisi keluarga. Kalau korang nak guna pada badan pun boleh!

Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser:

  • Bebas sabun dan wangian
  • Sesuai untuk wajah dan badan
  • Berkesan tanpa menyebabkan rengsaan kulit
  • Formulasi seimbang-pH
  • Boleh digunakan dengan air atau tanpa air

2. Guna pelembab kulit

Selepas membersihkan muka, korang disarankan untuk menggunakan pelembap kulit kerana ia berfungsi memberi keseimbangan lembapan dan air kepada kulit. Walaupun Cetaphil Gentle Skin Cleanser tak menyebabkan kulit korang kering.

Penggunaan krim pelembap secara rutin mampu melindungi kulit korang daripada memberi reaksi yang tak diingini akibat terdedah kepada cuaca panas, pencemaran udara, atau terdedah kepada pedingin hawa atau udara sejuk dan kering.

So, untuk melembapkan kulit, korang boleh guna Cetaphil Moisturizing Cream kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan tak berminyak.

Korang yang jenis kulit sensitif, tak perlu pening kepala nak cari pelembab brand lain sebab Cetaphil Moisturizing Cream adalah pilihan paling ideal juga sesuai digunakan pada muka dan badan!

Kelebihan Cetaphil Moisturizing Cream:

  • Sesuai untuk kulit kering yang kronik
  • Ideal untuk tangan, kaki, siku dan lutut
  • Mengandungi minyak badam, bahan pelembut semula jadi

3. Melindungi kulit

Admin yakin rutin ketiga ini ramai yang tak ambil berat sangat. Bagi sesetengah orang, produk pelindung matahari ni ibarat produk sampingan sesuai dipakai sewaktu bersantai atau berjemur di tepi pantai.

Untuk pengetahuan korang, kulit kita bukan setakat perlu dilindungi daripada kotoran dan pencemaran persekitaran tetapi perlindungan daripada sinar UV juga sangat penting.

So, pastikan setiap hari sebelum keluar rumah korang apply Cetaphil UVA/UVB Defense sebab ia mengandungi SPF50+ yang diyakini mampu melindungi kulit daripada terbakar akibat sinar UVB dan menghalang penuaan akibat sinar UVA. Nak senang letak je dalam handbag sebab produk ini juga boleh digunakan pada muka dan badan.

Kelebihan Cetaphil UVA/UVB Defense:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Ideal untuk muka dan badan
  • Memberikan perlindungan UVA dan UVB spektrum luas
  • Mudah diserap pada kulit
  • Tidak meninggalkan kesan putih pada kulit

Kenapa Cetaphil?

Bagi yang tertanya-tanya kenapa ketiga-tiga rutin penjagaan kulit ini kami cadangkan korang guna Cetaphil adalah kerana produk ini diyakini selamat, berkesan dan sesuai digunakan seisi sekeluarga.

Paling penting, hanya dengan 3 langkah mudah, kulit korang akan kembali bersih dan flawless seperti yang lain. Sebarang maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang Cetaphil hari ini juga!

SKIP THIS AD ×