Sekumpulan lelaki ‘miang’ berkumpul di ruangan komen pada sebuah hantaran yang dimuat naik penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan di Facebook miliknya.
Artikel Berkaitan: ‘Sekurang-Kurangnya Tahu Saya Boleh Hamil, Kalau Tak Berjaya Juga Baru Kami Buat IVF’ – Elizabeth Tan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Suami Elizabeth Tan Promosi Filem Sheriff Di Tempat Kerja Curi Perhatian Netizen
Lelaki miang!
Menerusi video yang dikongsikan, Elizabeth, 30, membuat ucapan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.
Saya sayang negara saya, Happy Merdeka.
Dalam klip berkenaan, pelantun lagu Semua Sudah ini mengenakan baju bangsa Cina iaitu Cheongsam moden berona merah.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang apabila terdapat komen nakal dan berbaur lucah yang ditinggalkan segelintir lelaki di ruangan balas.
Malah, menerusi pemerhatian OhBulan!, terdapat juga golongan lelaki berstatus suami yang meninggalkan komen tidak bermoral.
Sumber: Facebook