berita

Ramai Teruja Nak Tengok Pasangan Erni & Syamel Berentap Di Immortal Songs, Siapa Agaknya Lagi ‘Power’?

October 11th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Immortal Songs bagi episod ketujuh dan yang terakhirnya menampilkan seorang lagi penyanyi lagenda terkenal, Fauziah Latiff atau lebih mesra dipanggil Kak Gee. Pada episod kali ini, barisan artis tempatan yang telah berentap dan menyahut cabaran mengubah lagu asal Kak Gee ialah Khai Bahar, Syamel, Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Layla Sania dan Adzrin.

Fuh korang rasa siapa yang akan berjaya memikat hati Fauziah Latiff dengan gubahan lagu yang diberi nafas baru minggu ini? Persaingan yang cukup hebat, mesti pening Kak Gee nak pilih!

Pasangan berdarah manis persaing sengit

Untuk episod akhir ini menampilkan 6 orang artis berbakat besar. Antara yang menarik perhatian ramai pastilah pasangan berdarah manis iaitu Syamel dan Ernie. Semua sedia maklum pasangan ini pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik di AJL. Ernie sebagai guru vokal profesional bukan sahaja mempunyai suara mantap, malah bakat beliau turut disanjung oleh rakan artis yang lain.

Manakala Syamel pula merupakan pemyanyi, komposer dan penulis lirik yang sedang meningkat naik. Bayangkan lagu solo ‘Hidup Dalam Mati’ beliau berjaya mendapat tontonan lebih 16 juta di Youtube. Fuh! Agaknya siapa antara mereka yang berjaya membuatkan Kak Gee kita terpegun? Dua dua mempunyai aura tersendiri!

Pasangan lain hebat hebat!

Namun peserta lain tak kurang hebatnya kerana semua mempunyai latar belakang yang bagus dalam nyanyian. Khai Bahar satu nama yang tak cukup asing lagi dalam industri muzik. Semua lagu beliau berjaya menambat hati peminat antaranya ‘Bayang’ dan ‘Luluh’.  Lebih membanggakan kesemua MV rasminya di Youtube berjaya cecah tontonan lebih 150 juta. Power kan?

‘Queen of Sountrack’ gelaran yang diberi kepada penyanyi Adira yang sememangnya mempunyai suara enak. Tak hairanlah kalau banyak drama-drama menggunakan lagu beliau sebagai soundtrack drama tersebut. Memang tangkap leleh! Beliau juga pernah memenangi Penyanyi Wanita Popular di APBH pada tahun 2015 dan 2016.

Dua peserta lain adalah Layla Sania yang sebelum ini pernah mendapat perhatian di ‘I Can See Your Voice’ apabila dia menyanyikan lagu Mandarin. Layla telah mengeluarkan lagu pertama yang dicipta bersama ayahnya pada usia 18 tahun. Manakala Adzrin Ameruddin sememangnya antara penyanyi digilai ramai wanita kerana raut wajah serta bakatnya dalam nyanyian.

Siapa lagi power?

https://www.instagram.com/p/CGJ_0pTpIzZ/

https://www.instagram.com/p/CGKXo0rjSkF/

Nak tahu artis mana yang akan menyanyikan lagu tersebut dengan susunan lagu yang pastinya lain daripada yang lain kena lah tengok Immortal Songs minggu ini. Kepada semua peminat program Immortal Songs jangan lupa saksikan Immortal Songs minggu ini tepat jam 9 malam hari Ahad.

Anda juga boleh mengundi pemenang undian pilihan peminat bagi minggu tersebut menerusi, https://www.xtra.com.my/immortalsongsmy/index.html.  Setiap satu undi membawa makna kepada artis kegemaran anda. Kepada semua penonton anda boleh saksikan Immortal Songs menerusi saluran TV3, Live HD di Tonton dan menerusi platform Youtube TV3 Malaysia.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×