berita

‘Ramai Warning Dia Jangan Mainkan Perasaan Saya’ – Sherry Perjelas Dakwaan Sedang Bercinta Dengan Abang Proton

October 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

sherry abang proton

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad tampil menjelaskan mengenai status hubungannya dengan Abang Proton.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Detik Awal Perkenalan, Abang Proton Sifatkan Sherry Alhadad Insan Yang Baik & Tak Lekang Dengan Senyuman

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Selalu Menceriakan Hidup I’

Tak sangka akan viral

sherry abang proton

Memetik laporan BH Online, Sherry menerangkan bahawa Abang Proton adalah ejen insuransnya dan dia menganggap lelaki tersebut sebagai seorang rakan.

Ketika disoal tentang video ‘dating’ mereka yang tular baru-baru ini, pemilik nama sebenar Shariffah Maryam Syed Abdullah Al Hadad itu berkata mereka hanya sekadar keluar makan.

Tiada apapun sebenarnya. Kami hanyalah kawan dan dia juga ejen insurans saya. Biasalah sebagai pelanggan, Abang Proton kenalah jaga dan bawa saya keluar makan.

Video kami keluar makan itu pun, dia yang muat naik. Saya ada juga tulis dalam kapsyen video, tak ada apa-apapun.

Malah, saya beri keizinan untuk Abang Proton muat naik video itu. Cuma, bila tiba-tiba video itu tular dan jadi perhatian, Abang Proton agak kelam kabut sedikitlah. Dia yang nak sangatkan, jadi kenalah hadap.

Difahamkan mereka mula berkenalan ketika bertemu di sebuah stesen minyak di Kota Damansara kira-kira empat tahun lalu.

Dia tegur saya dan beritahu minat dengan lakonan saya. Selepas berkenalan, barulah saya tahu dia seorang ejen insurans.

Secara kebetulan, saya sedang mencari ejen untuk menguruskan insurans saya. Disebabkan Abang Proton berpengalaman dan menjadi ejen kepada beberapa artis lain, saya setuju menjadi pelanggannya.

Nama dia Amin Mokhtar. Gelaran Abang Proton tercetus selepas saya menulis komen di Intstagram miliknya. Saya cakap mukanya sama macam Abang Tesla yang viral sebelum ini. Dia balas komen saya dengan mengatakan, dia bukan Abang Tesla, tetapi Abang Proton. Dari situ, terus melekat panggilan itu.

Sementara itu, pengacara berusia 40 tahun ini sama sekali tidak menyangka hubungan mereka akan menjadi perhatian warganet.

Apabila tengok ramai doakan kami dan beri amaran kepadanya supaya tak mainkan perasaan saya, rasa terharu pula. Malah, ada rakan industri bertanya mengenai hubungan kami.

Rasa lucu apabila reaksi seperti ini timbul. Tiada apa-apa hubungan, kami memang berkawan. Tapi, Abang Proton masih single.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan Sherry dan Abang Proton sedang menghabiskan masa bersama-sama.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia dan Sherry tidak mempunyai apa-apa hubungan yang serius malah lebih selesa sebagai kawan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×