berita

[VIDEO] Kongsi Detik Awal Perkenalan, Abang Proton Sifatkan Sherry Alhadad Insan Yang Baik & Tak Lekang Dengan Senyuman

September 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

sherry abang proton

Personaliti media sosial, Abang Proton berkongsi detik perkenalan dengan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Sherry Alhadad.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Selalu Menceriakan Hidup I’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sherry Alhadad Gembira Dengan Kebahagiaan Nad Zainal, Jawab Isu Bermasam Muka – ‘Saya Masih Hubungi Ibu Bapa Dia’

Kenal sejak 2019

sherry abang proton

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Abang Proton atau nama sebenarnya Amir Mokhtar mendedahkan bahawa dia dan Sherry mula berkenalan sejak tahun 2019.

Seperti yang dijanjikan, saya ceritalah macam mana saya boleh kenal Sherry. Sedar tak sedar rupanya dah lima tahun kami berkawan.

July 2019, saya baru balik dari mesyuarat di pejabat, dan kemudian saya makan tengah hari bersama geng kutu di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan balik singgah isi minyak di salah sebuah stesen minyak di Kota Damansara.

Abang Proton juga menyifatkan pengacara berusia 38 tahun itu sebagai seorang selebriti yang mudah didekati dan tidak sombong dengan peminat.

Kereta dia di sebelah kereta saya. Saya tegur dia, ya dia sangat merendah diri dan mesra. Dia yang datang ke kereta saya, dan saya minta izin untuk berswafoto, masa tu ketar tangan saya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa dia.

Dan selepas beberapa bulan berkawan, dia menjadi pelanggan saya.

Dalam pada itu, dia juga memohon maaf susulan hantarannya sebelum ini yang mungkin mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat Sherry.

Saya faham dia mempunyai ramai peminat, saya salah seorang dari kalian. Ramai sayangkan dia.

Maafkan kalau video saya sebelum ni mengundang rasa tidak senang dikalangan peminat-peminat dia.

Ya saya sangat berbangga dapat berkawan dengan dia. Insan baik yang tak pernah lekang dengan senyuman.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan Sherry dan Abang Proton sedang menghabiskan masa bersama-sama.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia dan Sherry tidak mempunyai apa-apa hubungan yang serius malah lebih selesa sebagai kawan.

@amirmoktar86

Seperti yang dijanjikan, saya ceritalah macam mana saya boleh kenal Sherry. Sedar tak sedar rupanya dah 5 tahun kami berkawan. July 2019, saya baru balik dari meeting di office, dan kemudian lunch bersama geng kutu di KL, otw balik singgah isi minyak di salah sebuah stesen minyak di Kota Damansara. Kereta beliau di sebelah kereta saya. Saya tegur beliau, ya beliau sangat humble dan friendly. Beliau yang datang ke kereta saya, dan saya minta izin utk selfie, masa tu ketar tangan saya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa beliau. Dan selepas beberapa bulan berkawan, beliau menjadi client saya. Saya faham beliau mempunyai ramai peminat, saya salah seorang dari kalian. Ramai sayangkan beliau. Maafkan kalau video saya sebelum ni mengundang rasa tidak senang dikalangan peminat-peminat beliau. Ya saya sangat berbangga dapat berkawan dengan beliau. Insan baik yang tak pernah lekang dengan senyuman.

? bunyi asal – meknaa_lyrics – meknaa_lyrics

Sumber: TikTok Abang Proton

SKIP THIS AD ×