berita

Jawi Siasat Video Wanita Buka Baju Separuh Bogel Yang Hina Islam

July 9th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Tindakan pelawak wanita menanggalkan pakaian dan hijab di atas pentas selepas mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran mengejutkan ramai orang.

Artikel Berkaitan: PU Amin Sedih Tengok Pelawak Wanita Hina Agama Islam, Berani Buka Baju Selepas Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran

Boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000

Susulan perbuatan menghina kesucian Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi.

Menurut Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, pihaknya sudah mengambil maklum berkenan video yang tular itu dan katanya siasatan awal telah dilaksanakan.

Tegasnya, Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam.

Sebelum ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.

Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

SKIP THIS AD ×