Tular baru-baru ini, video yang memaparkan pelakon Puteri Sarah Liyana yang didakwa meletakkan kepala dibahu rakan perniagaannya yang juga seorang aktor dari Indonesia, Andi Arsyil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masih Lagi Ada Komen Ajak Sol…Kau Faham Tak Dia Tu Suami Orang, Kau Gila Ke Apa?’
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Puteri Sarah Rahsiakan Karier Sebagai Selebriti Depan Anak-Anak – ‘Mereka Cuma Tahu Nama Sahaja’
Puteri Sarah tahu batas
Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia mengambil berat akan batas pergaulan dalam agama.
Saya hanya berpaling ke arah Andi. Saya tidak letakkan kepala dibahunya.
Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini juga meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir warganet yang gemar mencari khilafnya.
Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka.
Malah ada juga yang sengaja meninggalkan komen jahat ketika siaran langsung saya bersama Andi baru-baru ini. Tak bolehkah mereka hidup dengan tenang?
Sementara itu, pelakon drama Suri Hati ini menyifatkan Andi sebagai seorang pendengar yang baik selain sering menasihatinya supaya bersabar dengan dakwaan yang dilemparkan oleh warganet.
Andi selalu menjadi pendengar terbaik setiap kali saya tertekan atau murung dengan fitnah atau komen jahat orang luar.
Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dengan mereka.
Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif.
Alhamdulillah saya dikelilingi dengan insan yang baik dan dia salah seorang individu itu.
Terdahulu, ketika bersiaran langsung di TikTok, Puteri Sarah tidak mampu menahan air mata apabila terdapat warganet yang meninggalkan komen negatif terhadapnya. Andi kemudian dilihat menasihati aktres itu supaya memaafkan mereka.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Harian Metro