berita

Ramalan AJL36: ‘Ramai Tak Boleh Agak Pilihan Juri Malam Ini’ – Haqiem Rusli, Yonny Boii Antara Calon Juara?

March 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menjelang malam final Anugerah Juara Lagu ke-36 yang bakal berlangsung pada malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), ramai nampaknya dah tak sabar melihat persembahan artis kegemaran mereka.

Seperti tahun lepas, rata-rata netizen sukar membuat ramalan mengenai lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara. Ini kerana, keputusan tersebut bakal dilakukan oleh barisan juri yang dilantik untuk menilai persembahan dan vokal para finalis yang bertanding. Namun begitu, ini merupakan ramalan kami untuk tahun ini.

Tempat ketiga – Lara/Nafas Cinta

https://www.youtube.com/watch?v=99TPg7-a4io

Walaupun berat untuk kami menulis namun harus diakui lagu Lara mempunyai kekuatan tersendiri dari segi susunan muzik dan lirik. Bukan itu sahaja, gabungan trio hebat seperti Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli ini dikatakan mampu mengulangi sejarah 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor) pada AJL26.

Di samping lagu Lara, peluang untuk Nafas Cinta meraih tempat ketiga turut diramalkan malam ini. Ini kerana, persiapan yang dilakukan oleh Aina Abdul dan Khai Bahar sejak dari minggu semi final dilihat sangat konsisten dan bakal mengejutkan ramai penonton yang menyaksikan anugerah tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=Mk5Vj27aLmk

Naib Juara – Salahku

https://www.youtube.com/watch?v=ENMkDOkeg5k

Selain Pelukan Angkasa, penyanyi baru, Yonny Boii juga diramalkan akan meraih anugerah pada malam ini. Di Youtube, muzik video lagu ini telah ditonton lebih 16 juta kali! Bukan itu sahaja, lagu ini turut mengungguli carta di corong radio tempatan dan menjadi lagu pilihan OST drama Budak Tebing. Memang ‘wow’!

Juara – Mimpi

https://www.youtube.com/watch?v=LU7ZaJw745A

Bait-bait lirik yang cukup indah, lagu ‘Mimpi’ ternyata mempunyai kekuatan tersendiri. Penghayatan, vokal dan kelunakan suara Haqiem Rusli dijangka membuatkan lagu ini sedap didengar halwa telinga. Sehingga kini muzik video lagu tersebut telah meraih lebih 24 juta tontonan di Youtube. Lagu ciptaan Haqiem Rusli dan Dato A.Aida ini diramalkan mempunyai rezeki pada malam ini sekiranya penyanyi tersebut melakukan sehabis baik dan tidak menukar cara nyanyian yang asal.

Persembahan terbaik – AEWO

https://www.youtube.com/watch?v=e8CM5XwRzCU

Untuk kategori persembahan terbaik, Shiha dan Noki dilihat mempunyai peluang yang cukup besar sekiranya perancangan mereka untuk membuat kejutan malam nanti berjaya. Pada masa yang sama, lagu ‘Intan Payung’ dipercayai akan memberi saingan sengit dari segi persembahan malam nanti.

Vokal terbaik – Aina Abdul

Untuk kategori vokal terbaik, Aina Abdul antara finalis yang diramalkan akan meraih anugerah tersebut. Cuma, penonton tidak pasti sama ada Aina akan meraih anugerah tersebut menerusi lagu ‘Sepi’ ataupun ‘Nafas Cinta’ bersama pasangan duetnya Khai Bahar.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×