berita

Rambut Gugur? Berkelemumur? Amalkan Tips & Rutin Asas Ini Secara Konsisten, Pasti Berkesan.

September 28th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Memiliki rambut yang lebat, bersinar dan sihat merupakan impian setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Tapi kalau rambut lebat berkelemumur nak buat apa kan? Tambah menyedihkan bila ada yang alami masalah rambut gugur. Ini lagi la sakit jiwa. Tak lena tidur dibuatnya.

Jadi, hari ni penulis nak kongsi tips dan rutin mudah macam mana korang boleh jaga rambut korang untuk menghindari sekaligus mengatasi masalah rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur.

Pilih syampu mengikut keadaan rambut!

Tips pertama bila bercerita mengenai penjagaan rambut ialah pemilihan syampu yang tepat. Korang tahu tak penting untuk korang beli syampu yang sesuai dengan masalah rambut atau kulit kepala korang. Tak boleh main ambik je tau. Hal ini kerana, setiap syampu diformulasikan dengan tujuan tertentu.

Misalnya, syampu untuk merawat masalah kulit kepala berminyak ianya tidak sesuai digunakan untuk korang yang ada masalah kulit kepala kering kering dan sensitif. Lazimnya syampu jenis ini mengandungi agen pembersihan yang agak kuat bagi memastikan minyak berlebihan boleh disingkirkan untuk membantu kulit kepala kekal bersih dan segar.

Maka penting untuk korang tahu masalah rambut korang sebelum beli syampu. Kalau boleh rujuk label bahan kandungan bagi memastikan korang tak ada sebarang alahan dengan bahan-bahan yang digunakan dalam syampu tersebut.

Guna tonik rambut sebagai rawatan tambahan!

Ramai di kalangan kita yang guna tonik rambut bila rambut dah jarang dan gugur teruk. Sebaiknya, korang guna tonik rambut secara rutin. Siapa kata rambut gugur dahulu baru boleh pakai tonik rambut? Anggapan itu salah ye.

Tonik rambut digunakan untuk bantu proses pertumbuhan rambut. Jadi, kalau korang nak rambut korang tebal dan lebat, gunakan tonik rambut mengikut saranan dan arahan yang diberikan (rujuk pada manual penggunaan).

Korang kena faham tonik ni ialah vitamin tambahan untuk boost pertumbuhan rambut sama macam bila korang consume supplement biotin.

Sailajah bantu rawat masalah rambut gugur & berkelemumur!

Kalau korang tak tahu syampu atau tonik apa yang kandungan bahannya terbukti selamat dan natural, korang boleh cuba guna produk penjagaan rambut Saijalah.

Sailajah merupakan jenama yang mengetengah produk-produk penjagaan rambut natural. Produk-produk rambut keluaran mereka telah menjalani proses research & development dan terbukti membantu mengatasi masalah rambut gugur bagi lelaki, wanita dan dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi dengan lebih pantas.

Bagi korang yang ada masalah kulit kepala berkelemumur, cuba guna Sailajah Dandruff Control Shampoo. Banyak feedback baik syampu ni.

Produk-produk Sailajah ni best digunakan sebab produk mereka dirumus khas sesuai dengan iklim kita. Ye la, iklim memainkan peranan penting dalam rutin penjagaan rambut. Tambahan pula, produk mereka dihasilkan dengan menggunakan 14 herba seperti minyak kelapa, argan, bunga raya, buah zaitun, jojoba dan banyak lagi.

Telah dibuktikan berkesan untuk menjaga dan mengembalikan kelembapan kulit kepala sekaligus, membantu rambut yang rosak kembali sihat selain, melambatkan proses penuaan rambut dan membantu mengurangkan masalah rambut gugur, produk Saijalah memang antara produk penjagaan rambut terbaik yang ada di pasaran.

Disamping itu, penggunaan Sailajah Hair Treatment Serum dan Sailajah Hair Tonic boleh bantu untuk menguatkan akar rambut selain ianya tak menyumbat pori-pori. Tak ke awesome tu?

Menawarkan 3 produk penjagaan rambut termasuklah syampu, tonik dan serum rambut. Korang memang wajib cuba produk Sailajah. Nak lebih berkesan follow 3 rutin rahsia ni!

1. Cuci Rambut 2 kali seminggu

Rutin paling penting dalam penjagaan rambut ialah membersihkan kulit kepala kita. Seboleh-bolehnya hanya syampu rambut 2 kali seminggu. Ini penting tau, sebab kalau syampu dengan terlalu kerap boleh menyebabkan kulit kepala dan rambut jadi terlalu kering. Nanti rambut jadi rapuh dan mudah putus.

Bagi anda yang bersukan atau buat aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak pada kulit kepala,korang boleh syampu lebih daripada saranan diatas kerana tujuan utama kita syampu rambut untuk buang kotoran, sebum dan minyak yang terkumpul pada kulit kepala. Korang guna je Sailajah Natural Hair Nourishment Shampoo, at least walau cuci lebih dari 2 kali seminggu, rambut dan kulit kepala masih kekal lembap gitu.

Cuba bayangkan kalau lepas bersukan tak cuci rambut. Kepam la mak oi…Lari orang sebab bau masam.

2. Gunakan hair treatment serum!

Rutin kedua yang penting untuk penjagaan rambut yang sihat ialah penggunaan serum. Ingat kulit muka je kena pakai serum? Rambut pun sama korang, kita kena pakaikan serum. Kalau boleh cari serum yang ringan dan tak melekit. Korang boleh guna Sailajah Hair Treatment Serum sebab tekstur serum mereka tak kental,  tak berminyak dan lembut pada rambut.

Bagi mendapatkan hasil yang optima pastikan sebelum korang aplikasikan serum pada rambut, kulit kepala perlu berada dalam keadaan kering. Hal ini kerana, penggunaan serum pada bahagian kulit kepala semasa lembap boleh menyebabkan masalah kelemumur sebaliknya, oles serum hanya pada bahagian rambut sahaja.

Okay je nak letak semasa rambut kering atau lembap yang penting elak bahagian kulit kepala.

3. Amalkan tonik rambut 2, 3 kali seminggu!

Seperti yang min dah nyatakan diatas, tonik rambut ni fungsinya ialah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Maka kena jadikan ia sebagai rutin dan perlu konsisten. Even korang pakai Sailajah Hair Tonic pun, jangan ingat pakai seminggu dah boleh nampak hasil, selalunya ianya memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk korang nampak perbezaan yang ketara.

Cara terbaik nak pakai tonik rambut ialah ketika rambut korang dah kering sepenuhnya. Hal ini kerana, tonik rambut ni kita letak pada kulit kepala dan perlu diurut. Kalau pakai semasa rambut masih basah, kemungkinan besar masa korang urut kulit kepala rambut boleh tercarik. Lagipun nanti serum tu akan ambil masa yang lebih lama untuk kering.

Itulah tips dan rutin yang boleh membantu korang untuk dapatkan rambut yang sihat, lebat, lebat dan bersinar. Tambahan pula bila guna produk Sailajah, makin terjaga la rambut korang. Berminat nak dapatkan produk Sailajah? Korang boleh klik link dibawah.

Website: Sailajah

Facebook: Sailajah HQ

Instagram: Sailajah.Haircare _HQ

 

 

SKIP THIS AD ×