Membuat gaya rambut ala-ala penyanyi rapper Kendrick Lamar, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel berjaya mencuri tumpuan netizen di akaun Instagramnya. Rata-rata netizen teruja melihat perubahan rambut Naim Daniel dan pelbagai komen positif serta lucu ditinggalkan netizen di posting tersebut.
Gaya rambut baru
12 jam yang lalu, penyanyi lagu ‘Sumpah’ itu memuat naik satu foto di mana dia menunjukkan gaya rambutnya yang baru. Meskipun kapsyen foto tersebut ditulis ‘Malu’, Naim ternyata menerima pelbagai komen positif daripada para peminat dan netizen. Setakat ini hampir beratus komen dan likes diterima olehnya. Pada masa yang sama, Naim turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen buat dirinya.
Kendrick nikah brother
Rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai gaya rambut Naim yang terbaru sama seperti Kendrick Lamar, Bob Marley,Travis Scott dan pelakon Karate Kid iaitu Jaden Smith. Menyedari komen tersebut ditinggalkan oleh netizen, Naim membalas salah satu daripada komen tersebut dan mengatakan bahawa dia merupakan Kendrick Nikah.
Rambut PKP ni
Di samping itu, terdapat juga beberapa komen kelakar daripada netizen. Antaranya, rambut Naim sesuai dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana jaga jarak. Perasaan teruja netizen untuk melihat rambut Naim selepas dibuka turut dinantikan. Manakala, seorang wanita Indonesia meninggalkan komen kenapa sesetengah rambut wanita tidak boleh dibuat sama seperti Naim.
Sumber: Naim Daniel