berita

Ramli MS Dedah Pernah Duduk Hotel 13 Tahun Lepas Cerai, ‘Buat Apa Nak Malu’

March 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, trending di Twitter mengenai sebuah program bual bicara santai yang dihoskan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. Menjemput Datuk Ramli MS (Tok Ram) sebagai tetamu jemputan, program itu berjaya merungkai kisah hidup mengenai Maestro Muzik tersohor itu.

Cungkil rahsia tinggal di hotel

Saya tinggal di hotel selama 13 tahun dan tak pernah tutup ‘aircond’ sepanjang tempoh itu. Buat apa nak malu? Selepas saya bercerai, saya bagi rumah dekat bekas isteri dan saya bawa keluar baju sahaja pergi duduk hotel. Kalau diberi pilihan rumah atau hotel, saya pilih duduk hotel sebab macam bomba mereka datang kalau kita minta apa-apa.

Menerusi laporan Astro Gempak, Tok Ram memberitahu bahawa dia pernah tinggal di hotel selama 13 tahun selepas bercerai dengan bekas isteri.

Saya tak kisah

Kalau pergi rumah orang tak jemput makan, kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, Saya tak kisah!

Ujar Tok Ram, dia tidak pernah berasa malu dengan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya. Di samping itu. Tok Ram turut memberitahu bahawa dia tidak pernah menghalang isterinya iaitu Datin Alyah untuk menyanyi. Ini kerana, menyanyi merupakan minat dan hobi isterinya.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×