Pelakon, Ramona Zamzam menyuarakan kebimbangan terhadap trend masyarakat yang semakin taksub dengan jalan pintas untuk mengurangkan berat badan.

Artikel Berkaitan: ‘Artis Lebih Santai Berbanding Pempengaruh di Acara’- Ramona Zamzam Kongsi Pandangan

Artikel Berkaitan: Ramona Zamzam Dedah Tak Kenal Bapa Kandung Sejak Kecil – ‘Saya Teruja Nak Jumpa Tapi Respon Dia Mengecewakan’

Ubat kurus

Ketika ditemui OhBulan!, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, yang telah lebih sedekad mengamalkan gaya hidup sihat mengakui tidak boleh berdiam diri apabila melihat ramai yang mahu mencuba jalan pintas itu.

Kata Ramona, lambakan produk pelangsingan badan yang menjanjikan hasil segera langsung tidak mencerminkan promosi kesihatan yang sebenar.

Saya tidak boleh berdiam diri sebab bila orang beli ubat kurus saya mempersoalkan tindakan mereka.

Memang menyakitkan hati. Kalau saya tidak ambil peduli tentang mereka, mungkin saya tidak akan rasa begitu, tetapi saya memang ambil berat tentang orang lain.

Boleh sahaja untuk turunkan berat secara semula jadi, tapi saya sedih sebab orang kita terlalu taksub dengan jalan pintas.

Penjual cuma nak ambil kesempatan atas pembeli dan kita mudah percaya.

Ramona berkata demikian ketika ditemui ketika sesi lawatan media ke lokasi penggambaran drama terbaharunya Wish List pada petang Selasa.

Jelas Ramona, pengambilan ubat kurus bukanlah penyelesaian bagi masalah berat badan sebaliknya akan memberi kesan sampingan yang buruk terhadap mereka yang mengambilnya.

Ubat kurus tidak sepatutnya di jadikan jalan pintas (short cut) untuk kurus.

Memang tiada cara lain untuk kurus, iaitu bersenam dan amalkan pemakanan sihat.

Mengulas lebih lanjut, Ramona berkata dia mula mengamalkan gaya hidup lebih sihat selepas melihat penampilannya di televisyen semasa COVID-19 dan menyedari berat badannya meningkat.

Masa COVID-19 dahulu memang saya fokus kan untuk amalkan pemakanan sihat.

Saya banyak ambil protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga lakukan senaman. Sehingga sekarang saya masih lakukan perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Ramona muncul dalam drama berjudul Wish List arahan Michael Ang memainkan peranan Puan Aliya.

Selain Ramona, drama ini diterajui oleh Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Qi Razali, Sharifah Zarina, Azqa Aziz dan Norazah Aziz.