berita

Rancang Bunuh & Tikam Individu Rogol Ibu, Dendam Kesumat Anak Akhirnya Terbalas

December 20th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Indonesia, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan pihak polis selepas dia nekad menikam seorang lelaki, Yasin Fadilla sehingga maut kerana lelaki tersebut dikatakan pernah merogol ibunya pada suatu ketika dahulu.

Dendam kesumat

Menerusi laporan Tribun News, remaja yang dikenali dengan nama Muhammad Maulud Riyanto itu telah lama menyimpan dendam terhadap individu tersebut. Menurut sumber, Maulud nekad dengan tindakannya itu kerana terlalu berang dengan perbuatan keji yang dilakukan lelaki berusia 49 tahun itu terhadap ibunya.

Dia dulu rogol ibu saya.

Ibu Maulud dikatakan telah dirogol oleh lelaki tidak bertanggungjawab dan pada ketika ibunya dirogol, dia sendiri telah menyaksikan sendiri perbuatan kejam itu. Tetapi dia langsung tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan usianya pada ketika itu masih kecil. Apa yang lebih membuatkan dia berdendam adalah ibunya tidak dapat pembelaan dan lelaki tersebut dikatakan telah dibebaskan begitu sahaja.

Ekori dan rancang untuk bunuh

Berikutan dengan kejadian itu, Maulud dikatakan telah memburu dan mencari lelaki tersebut memandangkan individu itu telah keluar berpindah dari kampungnya di Jawa Barat, Indonesia.

Menurut sumber, Maulud dikatakan baru sahaja terserempak dengan lelaki itu dan bertindak mengekori lelaki tersebut selama sebulan. Dalam tempoh tersebut, Maulud dikatakan telah membuat rancangan untuk menyerang dan membunuh lelaki berkenaan. Selepas menikam Yasin menggunakan pisau, Maulud dikatakan cuba melarikan diri namun tidak sempat berbuat apa-apa dia kemudian ditahan oleh pihak polis.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×