berita

Rangkul Asia Model Awards 2020 Dari Seoul Korea, Siti Saleha Luah Rasa Syukur

December 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon cantik Siti Saleha, tidak asing dalam industri hiburan. Beliau sering muncul di kaca televisyen menerusi watak utama dalam drama mahupun filem. Terbaru, beliau telah dinobatkan sebagai pene­rima trofi Asia Model Awards 2020 yang akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan esok.

Asia Model Awards 2020

Foto: Sallywho

My first International Win

Such wonderful news being selected by the Asia Model Festival Organizing Committee 2020 in Seoul as the recipient for the Asia Model Awards. During the time of this pandemic came this unexpected announcement. Therefore, I would like to share this win with my fellow Malaysians. Thank you so much for the endless support and unconditional love. To the Seoul organizing committee and panel of judges for recognizing my work and the international exposure. Not forgetting to my winning colleagues for raising the bar so we all are encouraged to work harder and to always be better versions of ourselves. Stay safe everyone and take care. Thank you so much. Kamsahamnida.

Berita baik itu dikongsi di laman Instagramnya, semalam. Siti Saleha memanjatkan rasa syukur  kerana berjaya merangkul anugerah tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang tidak putus buatnya.

Pelakon cantik itu telah memenangi anugerah itu bersempena Festival Model Asia ke-15 (AMFA) 2020 yang dianjurkan oleh Asia Model Festival Organizing Comittee (AMFOC).  Difahamkan, trofi tersebut merupakan penganugerahan di peringkat antarabangsa yang pertama diterima oleh pelakon kacukan Melayu-Inggeris.

Terbang khas dari Korea

Foto: Sallywho

Menerusi laporan Kosmo, trofi tersebut telah diterbangkan khas kepada Siti Saleha dari negara berkenaan. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin merebak, Siti Saleha hanya muncul menerusi siarang langsung secara maya.

Terdahulu, Siti Saleha pernah merangkul Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33). Tahniah sekali lagi!

Sumber: Kosmo Sallywho

SKIP THIS AD ×