berita

Rantai Emas RM30 Antara Barang Kemas & Jam Berjenama Yang Akan Dilelong PDRM Khamis Ini

October 16th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi PDRM membuat hebahan jualan lelong barangan berjenama dan barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang yang akan berlangsung pada 18 Oktober 2018 bertempat di Foyer A, Ibu Pejabat Polis IPK Kuala Lumpur.

Barangan tersebut bagaimanapun boleh dilihat oleh orang ramai pada 16 dan 17 Oktober 2018 di tempat yang sama. Antara barangan yang bakal dilelong ialah jam tangan berjenama seperti Rolex, Guess, Seiko, Tissot dan banyak lagi. Manakala barang kemas yang akan dilelong serendah RM30 sahaja!

Barang kemas serendah RM30, RM40

Menerusi hebahan tersebut, pembida yang berminat untuk menyertai lelongan ini perlu berdaftar dan memberikan butir peribadi kpeada Pegawai Pelelong sebelum membuat bayaran deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan. Pembida yang menawarkan harga paling tinggi akan dikira pemenang bagi barangan yang dilelong.

Sumber: PDRM

SKIP THIS AD ×