berita

‘Bila Baca Skrip Sheriff & Tengok Scene Yang Pertama, Saya Dah Rasa Goosebump’ – Syafiq Kyle 

April 24th, 2024 | by Alia
Kini Trending

syafiq

Masih di minggu pertama tayangan, namun kutipan bagi filem Sheriff: Narko Integriti sudah menghampiri RM17 juta dengan sambutan yang luar biasa oleh penonton tempatan.

Artikel Berkaitan: Raih RM16.3 Juta Selepas Lima Hari Tayangan, ‘Sheriff’ Karya Paling Jujur Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Doa Hubungan Baik Dengan Mimi Lana – ‘Kalau Saya Pegang Button Makbul, Mesti Saya Dah Makbulkan’

Setiap watak adalah penting

syafiq 243

Pelakon utama filem ini, Syafiq Kyle menyifatkan naskah tersebut merupakan antara karya terbaik yang dihasilkan oleh pengarah, Syafiq Yusof kerana berani mengetengahkan sisi gelap segelintir anggota polis.

Walaupun pada awalnya Syafiq kurang yakin dengan watak kepolisian yang diberikan namun pandanganya berubah selepas membaca skrip filem tersebut.

Sebelum ini saya agak skeptikal apabila ditawarkan oleh pengarah kerana sudah melakukan filem Polis Evo. Tetapi apabila saya baca skrip dan tengok scene yang pertama, saya dah rasa goosebump. Maknanya Syafiq nak lakukan sesuatu yang berbeza.

Antara salah satu sebab saya terima tawaran watak ini adalah kerana mesejnya kuat. Walaupun apa pun yang kita cuba tegakkan, undang-undang adalah perkara utama.

Bercerita lanjut, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata setiap watak memainkan peranan penting untuk membawa impak yang baik kepada filem sekaligus menafikan karakternya telah menenggelamkan watak utama.

‘Meth Killer’ adalah tunjang utama untuk cerita ini dengan membawa motto, matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi setiap plot di dalam skrip yang ditulis ada sebabnya yang tersendiri.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada malam tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktor berusia 31 tahun ini akui gementar ketika digabungkan dengan Zul Ariffin dan Datuk Aaron Aziz.

Saya nervous nak berlakon dengan Zul Ariffin dan Aaron Aziz, sebab saya baru ada beberapa buah filem dan mereka sangat berpengalaman. Alhamdulillah, saya senang bekerja dengan Zul dan kami pun ada banyak babak bersama. Dengan Aaron pula kena bermain emosi dan ambil masa tiga hari untuk fighting scene kami.

Kebanyakkan babak aksi saya buat sendiri tapi ada juga yang dibantu oleh stuntman.

Filem Sheriff merupakan hasil karya terbaharu pengarah terkenal Syafiq Yusof yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

SKIP THIS AD ×