berita

Rapper Takeoff Maut Ditembak

November 2nd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending


Penyanyi rapper antarabangsa, Takeoff, 28, maut akibat ditembak di sebuah lorong di Houston, Texas, Amerika Syarikat, semalam.

Artikel Berkaitan: Sama-Sama Hadir Ke Gereja, Justin Bieber, Shawn Mendes Mahu Cari Ketenangan?

Artikel Berkaitan: Bakal Menggayakan Busana Mewah Bernilai RM235k Untuk Konsert Esok, Rossa Tak Sabar Nak Hiburkan Peminat Di Malaysia

Ditembak di parti tertutup

Difahamkan, Takeoff atau nama sebenarnya Kirshnik Khari Ball, yang merupakan ahli kumpulan trio, Migos meninggal dunia semasa menghadiri satu parti tertutup di luar premis 810 Billiards & Bowling Houston.

Menurut sumber, insiden maut itu dikatakan berpunca daripada permainan dadu. Walau bagaimanapun, Polis mengesahkan terdapat satu kematian di lokasi itu namun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Bukan itu sahaja, turut dilaporkan berlaku satu tembakan selepas pertengkaran yang kemudiannya menampakkan Takeoff terbaring kaku dan berlumuran darah dipercayai ditembak di bahagian kepala.

Turut difahamkan, penyanyi rap ini menghembuskan nafas terakhir di depan bapa saudaranya dan rakan anggota Migos, Quavo.

Untuk makluman, Takeoff melalui kumpulannya Migos, pernah tercalon dalam Anugerah Grammy dan album pertama berjudul mereka, Rich Nation pernah menduduki tangga ketiga dalam carta Album Rap Top Billboard.

Sumber: TMZ.Com

SKIP THIS AD ×