Kalau korang perasan kebelakangan ini sukar untuk melihat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle muncul di kaca televisyen. Mungkin sibuk aktiviti seni yang lain. Namun, dengan adanya laman sosial seperti Facebook , Instagram dan sebagainya, peminat masih lagi boleh mengikuti perkembangan semasa mereka.
Terbaru video gelagat comel Muhammad yang menulis nota ‘Baba Muhamad Sorrey’ terhadap Farid Kamil selepas mematahkan cekak rambut, berjaya mencuri tumpuan netizen. Clever boy!
Siapa pernah buat macam ni?
https://www.instagram.com/p/Bw9yEgwFRFj/
Menerusi Instagram Diana Danielle, dia telah memuat naik video dan gambar nota yang ditulis oleh Muhammad. Dia juga menceritakan reaksi anaknya ketika kejadian tersebut berlaku. Rasa bersalah selepas mematahkan cekak babanya, Muhamad bertindak menulis nota tersebut. Perasaan marah babanya juga terus bertukar selepas membaca nota yang ditulis.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen dan rakan artis memuji sikap Muhammad yang berani mengaku bersalah dan menulis nota buat babanya. Pada masa yang sama, netizen juga turut memuji cara didikan Diana dan suami terhadap anak-anak.
Sumber: Diana Danielle