berita

‘Rasa Gementar Kerana Bimbang Akad Nikah Tak Jadi’ – Remaja 15 Tahun Nikahkan Kakak Curi Tumpuan Netizen

August 16th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Dalam Islam, wali dan akad nikah merupakan antara syarat sah perkahwinan yang wajib dilaksanakan. Itulah pentingnya peranan wali lelaki dalam kalangan keluarga yang kebiasaannya bapa kandung pengantin perempuan atau saudara kandung lelaki.

Menerusi Harian Metro, kisah seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun menikahkan kakaknya berjaya menarik perhatian netizen. Ismaildaniel berjaya menikahkan kakak keduanya bersama pasangannya sambil dipantau dan disaksikan oleh jurunikah.

Berlatih beberapa kali sebelum nikahkan kakak

Ismaildaniel yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin kira-kira 9 malam.

Allah SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak. Ketika perkahwinan kakak sulung dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.

Menurutnya, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.

Sebelum ini, ibu pernah meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.

Rasa gementar

Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.

Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Menurut ibunya, Salmiah dia kagum dengan kematangan anaknya untuk menjadi wali serta menyempurnakan majlis nikah kakak kandungnya itu.

Dia menjadi wali untuk perkahwinan kakak sulungnya dua tahun lalu tetapi dia enggan menikahkan kakaknya ketika itu kerana dia masih kecil. Pada mulanya, kami merancang mahu wakilkan kepada jurunikah namun Ismaildaniel minta izin untuk melafazkan akad sambil disaksikan jurunikah.

Sebagai ibu, saya bangga apatah lagi tetamu yang hadir melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan Ismaildaniel yang berjaya melakukannya dengan baik.

Didikan terbaik

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×