berita

Rasa Limau Berzing – Menu Baru KFC Zesty Crunch Akan Buat Korang Terliur Di Bulan Ramadan!

April 13th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Salam Ramadan! Syukurnya kita dapat meraikan bulan yang mulia ni sekali lagi. Maklum la bulan Ramadan datang hanya sekali dalam setahun. Jaga nafsu masing-masing. Puasa pun kena cukup okay?

Bila sampai waktu berbuka puasa, tekak mesti nak makan makanan yang sedap. Eh, bukan korang je! Kami pun sama la. Kalau macam tu, apa kata kita cuba menu ayam goreng baharu sempena Ramadan ni?

KFC Zesty Crunch, ayam goreng rangup dengan rasa zesty limau berzing!

Sempena Ramadan ni, KFC dah lancarkan satu menu ayam goreng baharu iaitu KFC Zesty Crunch. Menu yang terdiri daripada ayam goreng enak, rangup, dan padu ni sangat buatkan kami terliur!

Dengan rasa zesty limaunya yang berzing, KFC Zesty Crunch ni bukan la love at first sight, tapi love at first bite. Rasa pertama je boleh buat orang jatuh cinta. Wajib cuba ni.

Gabungan bersama sos chimichurri gaya Argentina yang versatil

KFC Zesty Crunch ditampilkan bersama sos chimichurri gaya Argentina. Kalau korang nak tahu, sos ni merupakan salah satu sos sedap dan versatil yang sangat popular di seluruh Amerika Selatan.

Sos chimichurri gaya Argentina diperbuat daripada hirisan limau, daun ketumbar, daun parsley, dan bawang putih. Sos ni berasa sitrus, masam manis, harum berherba dan pedas manja. Tak hairan kalau ramai tergoda dengan KFC Zesty Crunch ni.

Dipadankan bersama ayam Hot & Spicy kegemaran ramai, sos ni telah membuat KFC Zesty Crunch jadi tarikan ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya dengan penuh kelazatan sempena Ramadan ni.

Rasai keenakan KFC Zesty Crunch bermula hari ni!

KFC Zesty Crunch boleh didapati di restoran KFC seluruh Malaysia dalam pilihan kombo istimewa. Lagi senang kalau korang buat pesanan melalui KFC Delivery, Self Collect dan Drive-Thru. Tak payah beratur. Mudah dan selamat!

KFC Zesty Crunch pasti menjadi hidangan berbuka puasa terbaik untuk korang di bulan Ramadan. Rasai keenakannya bermula hari ni. Rekomen pada keluarga dan kawan-kawan korang tau.

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi mudah alih KFC Malaysia atau layari https://kfc.com.my untuk buat pesanan ya. Selamat menikmatinya!

SKIP THIS AD ×