Satu kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat yang berlaku pada 9 September 2020 mengakibatkan dua orang maut manakala seorang cedera. Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenali sebagai Muhammad Syauqi Azmi dan Ahmad Azhar Abdul Wahab dari Kampung Gesing, Dong, Raub.
Artikel Berkaitan : Dua maut, Seorang Cedera Kemalangan Dua Kenderaan
Di Twitter, anak kepada salah seorang mangsa maut luah rasa pilu apabila ayahnya pergi buat selama-lamanya. Ayahnya meninggalkan 8 orang anak dan adik bongsunya baru berusia 1 tahun. Sebaknya.
Ayah maut kemalangan jalan raya
Menurut gadis ini, ayahnya selamat dikebumikan jam 5 petang semalam di tanah perkuburan sekitar Kuantan. Menerusi tweet ini, anaknya luahkan perasaan pilu hingga mengundang sebak orang ramai.
Diberi peluang cakap kali terakhir dengan ayah
Gadis ini sempat bercakap dan melihat ayahnya buat kali terakhir. Paling menyedihkan apabila adik bongsunya yang baru berusia 1 tahun 11 bulan tidak sempat membesar dengan kasih sayang seorang ayah.
Sempat belikan rumah untuk adik beradik
Dalam pada itu, ayahnya sempat membeli rumah untuk mereka sekeluarga awal tahun ini. Namun rumah tersebut masih tidak didiami memandangan rumah tersebut masih dalam pengubahsuaian.
Daddy dah tidur buat selama-lamanya
Sumber : Trisyiazhar