Pernah tak sebelum ni korang rasa payah and malas nak iron baju sebab ambik masa yang lama? Iron yang dah sedia ada dekat rumah ni pula selalu je buat hal. Suhu tak berapa nak panas lah, mudah terbakar lah..kadang-kadang tu rasa macam leceh betul.
Kali ni, apa kata korang cuba invest untuk Steam Iron? Yang penting, ia lebih efektif dari iron biasa yang korang pernah guna. Jom kami kongsikan kelebihan lain yang ada pada Panasonic Iron Steam Generator ni!
Sangat berkualiti & mempunyai teknologi anti-calc
Kalau korang boleh tengok sendiri reka bentuk yang ada pada iron steam ni, sangat cantik kan! Ia juga mempunyai permukaan tapak yang licin, sistem pelarasan suhu automatik dan wapnya juga boleh dilaraskan.
Bukan itu saja, Panasonic Iron Steam Generator ini mempunyai teknologi anti-calc di mana fungsi nya adalah untuk elakkan sebarang pembentukan kalkus serta kuasa wap yang rendah yang mana ia boleh menyebabkan kerosakan dan juga melekat pada pakaian tu nanti!
Selain itu, iron steam ini sangat mudah dijaga dan diselenggara tau! Ini kerana, korang tak perlu nak cuci bahagian boiler tu dengan kerap. Kapasiti air yang boleh diletak pun agak besar. Jadi, tak perlu lah korang nak tambah air setiap masa.
Peningkatan wap yang kuat & tahan lama
Selain itu, seterika ini juga mempunyai wap yang kuat dan berkuasa serta membuatkan masa pengewapan menjadi sangat lama.
Dengan itu, ia mudah untuk menghilangkan segala kedutan pada setiap pakaian korang. Lepasni korang akan tampil dengan lebih yakin dengan kemasan yang korang dapat bila menggunakan Panasonic Iron Steam Generator.
Fabrik tak mudah terbakar sebab ada mod penjagaan optimum!
Selalu nya kalau nak guna iron ni, memang korang guna untuk pakaian atau fabrik yang biasa-biasa je kan? Tapi, dengan Panasonic Iron Steam Generator, korang boleh guna untuk cadar, kain meja dan juga fabrik tebal yang lain.
Ini kerana ia mempunyai mod penjagaan yang optimum dan ia dah disetkan tetapan nya walaupun dalam suhu yang tinggi. Tak kiralah kain sutera, denim mahupun yang lain takkan membuatkan baju korang mudah terbakar.
Boleh bantu untuk membuang sehingga 99.99% bakteria pada pakaian!
Bila korang cuci baju, kemudian jemur ditengah panas dekat luar, mesti akan ada sedikit bakteria sebab baju korang dah terdedah dengan angin dan asap-asap luar. Jadi, cara paling mudah nak elak dari bakteria tu, guna je iron steam dari Panasonic ni.
Bukan apa, ia boleh bantu korang untuk membuang bakteria yang melekat pada pakaian sehingga 99.99% tau! Kiranya kebersihan tu lebih terjamin lah…memang power!
Memang berbaloi untuk dimiliki, jom dapatkan sekarang!
Ha…lepasni bukan setakat ibu saja yang rasa nak iron baju setiap hari, anak-anak pun pasti rajin nak buat sendiri sebab senang nak guna dan paling penting boleh jimat masa. Paling menarik, korang siap boleh dapat iron board percuma tau kalau korang membuat pembelian sepanjang 2023 ni! Memang berbaloi sangat!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan Panasonic Iron Steam Generator ini di pasaran sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, korang boleh klik di SINI.