berita

Rasa Marah Dengan Diri Sendiri, Ika Nabella Terlepas Konsert Melly Goeslaw – ‘Tak Mau Buka IG, Meluat Tengok Hampa Pakai Baju Sekolah’

February 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Ika Nabella mencuri perhatian ramai apabila terlupa menghadiri konsert Melly Goeslaw yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, semalam.

Artikel berkaitan: Melly Goeslaw Berjaya Turun 25kg Selepas Jalani Bariatrik – ‘Badan Lebih Ringan & Diabetis Pulih 100 Peratus’

Artikel berkaitan: 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Melly Goeslaw Bakal Adakan Konsert Awal Tahun Hadapan – Wajib Pakai Seragam Sekolah!

Artikel berkaitan: ‘Beribu-Ribu Hadiah Yang Aku Dapat, Tetap Kamu Hadiah Terindah Di Hidupku’ – Melly Goeslaw

Tak mahu buka IG

Menerusi Instagram, Ika meluahkan rasa marah terhadap diri sendiri kerana boleh terlupa mengenai tarikh konsert tersebut. Tambahnya, dia tidak melakukan pemeriksaan yang betul mengenai tarikh. Disebabkan terlalu kecewa, Ika berseloroh dan mengatakan bahawa dia tidak mahu membuka media sosial.

I boleh lupa beli tiket konsert tak pi. Padahal i duduk golek atas katil dengan anak. Suami saya pergi futsal. Rupanya kami kena pi konsert. Oleh itu, i akan mempersembahkan lagu yang i mimpi semalam iaitu ‘Ku Bahagia’.

Sedikit info, konsert ‘Ada Apa Dengan Melly? akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Februari. Menurut penganjurnya, Iman Tang, para penonton bakal mengimbau nostalgia zaman sekolah termasuk gambaran filem percintaan remaja seperti Ada Apa Dengan Cinta.

Dalam pada itu, kembara seni 30 tahun yang divisualkan melalui konsep ini bakal dipenuhi dengan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan Melly.

Sumber: Ika Nabella

SKIP THIS AD ×