Pada 15 Mac 2019, berlaku tragedi hitam meruntun hati umat Islam sedunia apabila seorang lelaki dikenali sebagai Brento Tarrant membuat tembakan rambang ke atas jemaah yang berada di dalam masjid Christchurch, New Zealand untuk solat jumaat. Malah, aksi itu turut dirakam dan disiarkan secara langsung di akaun Facebook miliknya sebelum video berkenaan viral di media sosial.
Artikel Berkaitan : Suspek Serangan Masjid Chirstchurch Mengaku Bersalah Bunuh 51 Orang Islam
Terbaru, sekali lagi pemuda itu dihadapkan ke mahkamah atas semua kesalahan di hadapan ahli keluarga mangsa tembakan. Apa yang menyedihkan apabila luahan keluarga mangsa membuatkan ramai yang hadir sebak.
Tidak menunjukkan sebarang emosi
Sebelum ini, suspek mengaku tidak bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan terbabit tindakan pengganas. Bagaimanapun dia menukar pengakuannya itu dalam satu pendengaran mahkamah yang diaturkan secara tergesa-gesa. Menerusi rakaman video dari Penjara Auckland, suspek tidak menunjukkan sebarang emosi sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya. Dia juga dilihat tenang memandang ke arah kamera ketika membuat pengakuan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, pada 24 Ogos 2020, suspek turut mengaku merancang untuk menyerang masjid ketiga di hadapan hakim mahkamah. Tanpa perasaan bersalah, dia turut memberitahu untuk membakar masjid berkenaan serta membunuh lebih ramai umat Islam.
Luahan sebak keluarga mangsa
Anak saya seorang pemuda yang suka senyum baik dan sangat taat. Nama Dr Salama yang diberi membawa maksud ‘Hadiah Dari Allah’. Dia merupakan hadiah terbaik untuk saya selama 33 tahun ini namun dibunuh dengan cara sangat kejam. Hati saya hancur berjuta-juta kali seperti merasakan kesakitan bersalin berulang kali.
Menurut Maysoon Salama yang kehilangan anaknya, dia tidak dapat memaafkan suspek kerana kesalahannya yang cukup besar hingga mengorbankan 51 nyawa. Malah insiden itu membuatkan ramai anak kecil kehilangan ibu bapa dan isteri menjadi balu.
Kamu dengan mudahnya mengambil 51 jiwa orang yang tidak bersalah hanya kerana dimata anda mereka adalah orang Islam. Saya tidak akan memaafkan kamu. Saya tak rasa seluruh dunia akan maafkan kamu.
Dalam pada itu, beberapa keluarga mangsa hadir ke mahkamah memberi kenyataan. Mangsa pertama tampil memberi kenyataan adalah Imam Masjid Al-Noor, Gamal Fouda yang pertama kali bercakap dan menegur menyapa Tarrant namun dipanggil dengan panggilan sesat. Menurutnya di mata suspek penuh dengan kebencian.
Tembak tepat ke atas kanak-kanak 3 tahun
Anak mangsa kepada Ashraf Ali turut mengatakan dia masih mengalami trauma kerana melihat mayat disekelilingnya. Antara mangsa lain adalah kanak-kanak berusia tiga tahun, Mucaad Ibrahim yang ditembak tepat dua kali secara langsung ketika berpaut pada kaki ayahnya tanpa belas kasihan. Ada mangsa yang terselamat dikenali sebagai Hosne Ara yang mencari suaminya terbunuh dalam insiden itu hanya menggunakan kerusi roda.
Seeing as it’s the Christchurch gunman’s sentence hearing, just gonna drop these… pic.twitter.com/oKWtYaUKQd
— ? (@w3haz) August 24, 2020
Antara luahan lain
Terdahulu, suspek dipindahkan ke satu-satunya penjara kawalan maksimum di New Zealand yang terletak di Auckland. Dikenali sebagai Penjara Paremoremo, ia mempunyai unit penjara kawalan maksimum khas yang menempatkan penjenayah paling ganas di negara itu.