Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir memberitahu masalah kesihatan mental yang dialaminya bukan kerana kesunyian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dina Nadzir Sebak Dengar Doa Angeline Tan – ‘Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Dina Nadzir Berjaya Harungi Titik Terendah Dalam Hidup Selepas Dengar Karya Aina Abdul – ‘Lagu Imaji Tarik Saya Keluar Dari Depression’
Sudah lama single
Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Faradina Mohd Nadzir menjelaskan bahawa, dia sudah terbiasa menjalani kehidupan secara solo tanpa ada teman istimewa.
Justeru, status dirinya bukanlah faktor kepada masalah kesihatan mental yang sedang dihadapinya ketika ini.
Kalau nak kata kesunyian, saya sudah lama rasa single, sudah biasa.
Bila kata kesunyian sebab tidak ada pasangan, mungkin. Tapi saya tidak sampai ke tahap seperti itu sebab sudah biasa dan tidak ingat bercinta itu bagaimana.
Rutin harian tidak ada berubah, melainkan daripada tiada pasangan kepada ada, buatkan saya sentiasa bergayut di telefon, itu lain dan perkara ini berbelas tahun saya tidak dirasakan.
Jadi kalau nak kata perkara ini yang menyebabkan saya nak menangis ia tidak masuk akal untuk saya.
Dina berkata berkata demikian di sidang media First Solo Concert Jaclyn Victor yang berlangsung di Madam Lee Nyonya, Hotel Palm Garden Putrajaya pada Selasa.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Datang Lagi tersebut meluahkan pendapat tentang segelintir selebriti yang menggunakan isu kesihatan mental sebagai bahan untuk mempromosikan produk atau karya mereka.
Kalau orang nak guna isu kesihatan untuk promosikan sesuatu, teruskan. Saya kerja dua-dua bahagian, di sebalik tabir dan di depan lensa juga. Jadi ada sahaja baik dan buruknya.
Kadang-kadang sedih lihat artis yang palsukan sesuatu berita kerana ingin promosikan sesuatu benda. Tapi saya faham sebab dia nak ambil perhatian dan setiap orang caranya berbeza.
Jika ia terbaik untuk kau dan teruskan. Tapi pada masa akan datang ia mungkin tidak akan menjadi sebab kau dah tipu orang.
Terdahulu, Dina berkongsi bahawa dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu ‘mild depression’ sejak bulan Mac lalu.