berita

‘Rasa Tak Selamat Dekat Sini’ – Dihalang Jumpa Suami Di Sweden, Wanita Dibiar Sendirian Di Lapangan Terbang

November 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Gulichester Reloaded, berkongsi kisah mengenai dirinya yang terkandas di lapangan terbang Landvetter Sweden. Lebih menyedihkan, niat wanita tersebut untuk bertemu suami tercinta masih tidak tercapai bahkan, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Polis lakukan tindakan provokasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, masuk hari ni 4 hari saya di sini di lapangan terbang Landvetter Sweden. Saya bertolak dari malaysia pada 20 november 2020 daripada KLIA dengan menaiki pesawat turkish airlines untuk ke Sweden bagi bertemu dengan suami saya tetapi mereka telah menolak kemasukan saya dengan beberapa alasan antaranya sebab covid.

Semalam salah seorang pegawai polis yang mengawal sempadan di sini melakukan tindakan provokasi kepada saya dengan mengambil telefon daripada saya yang mana ini adalah salah di sisi undang-undang di sini. Walaupun dia tak tengok phone saya tapi saya tahu itu tindakan provokasi sebab kalau saya cuba ambil balik itu green light kepada mereka untuk melakukan kekasaran terhadap saya dan mungkin menyabitkan saya dengan tindakan undang-undang terlalu banyak yang saya perlu explain yang mana saya pun berasa terlalu penat untuk menerangkan.

Menurut wanita tersebut, dia telah bertolak dari lapangan terbang Kuala Lumpur pada 20 November lalu ke Sweden. Setibanya di Sweden, mereka telah menolak kemasukannya sambil memberi alasan Covid-19. Lebih teruk, pegawai polis telah melakukan provokasi terhadap dirinya dengan mengambil telefon bimbit. Bahkan, mereka akan melakukan kekasaran dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dia mengambil semula telefon tersebut.

Saya perlukan lawyer

Suami saya berusaha menghubungi banyak pihak. Kami sampai tak cukup tidur tak cukup makan kerana masalah ini. Pihak wakil kedutaan Malaysia di sini pun sudah maklum dengan keadaan saya di sini. Tujuan saya menulis post ini sebab saya rasa dah tak selamat seorang dekat sini. Saya perlukan lawyer secepat mungkin yang boleh membela saya. Saya diletakkan di satu kawasan airport yang tiada orang sangat yang mana boleh refer gambar-gambar di sini. Masuk ni dah 4 hari tak mandi dan pakai baju yang sama memang dah busuk semua.

Jelas wanita tersebut, suaminya sudah berusaha menghubungi banyak pihak dan hal tersebut sudah diketahui oleh kedutaan Malaysia yang berada di Sweden. Tambahnya lagi, dia memerlukan bantuan peguam secepat mungkin untuk membela nasibnya. Di akhir posting, wanita itu memberitahu dia diletakkan di satu kawasan yang tiada orang.

Sumber: Gulichester Reloaded

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×