berita

Rasai Pengalaman Pembelajaran Yang Terunggul Hari Ini Dengan HUAWEI MateBook X Pro.

May 20th, 2020 | by Hanis Aliaa
Sponsored Post

Salah satu cara untuk korang berkembang dan mencapai potensi penuh ialah dengan menjadikan komputer riba yang dipercayai sebagai teman baik. Dengan komputer riba flagship terbaru daripada HUAWEI iaitu MateBook X Pro, ia akan membantu korang membuka peluang baru dengan teknologinya yang terkemuka.

Tak kisahlah korang gunakannya untuk personal growth, buat research atau buat content untuk dikongsikan dengan orang lain, MateBook X Pro akan bantu korang belajar satu atau dua perkara baru. Nak tahu kenapa MateBook X Pro jadi laptop terkemuka? Haa, ini sebab-sebab yang sudah kami senaraikan.

1. Selebriti pun bercakap tentang kehebatan MateBook X Pro!

Host dan penyampai radio tanah air, Haniff Hamzah pun kagum dengan kehebatan MateBook X Pro tau!

2. Pembelajaran sepanjang hayat

Sepanjang PKP dan PKPB, kita ada lebih banyak masa di rumah dan ini berikan kita lagi banyak peluang untuk meningkatkan pengetahuan yang ada atau melengkapkan diri dengan kemahiran baru. Semua ni memang tak mustahil dengan adanya connection internet yang baik. HUAWEI MateBook X Pro bukan je menyokong Wi-Fi terpantas di dunia pada laptop, tapi juga membolehkannya mendapat isyarat yang lebih baik dan beri sambungan yang stabil.

Korang lupa password komputer riba atau rushing nak siapkan tugasan yang sangat penting? Jangan risau sebab MateBook X Pro dilengkapi butang kuasa cap jari. So, korang boleh on dan sambung buat kerja dengan cepat. Dah tak payah nak masukkan password berulang kali. Senangnya!

Selain itu, MateBook X Pro mempunyai hayat bateri sehingga 15 jam sepanjang hari yang dikuasakan oleh bateri 56Wh. Mudahlah korang nak kekal berhubung ketika mengikuti kursus online di laman web pembelajaran seperti Udemy, Coursera dan Skillshare.

Teknologi panggilan video MEETime juga dapat jadikan pengalaman belajar korang lagi fun. Share skrin dengan kawan atau mentor dan mereka dapat bantu untuk korang lebih faham tentang sesuatu perkara dan korang dapat belajar on the spot. Takdelah membazir masa!

3. Kekal aktif walaupun masih dalam tempoh PKPB

Kredit : PopSugar Fitness

Walaupun gim masih ditutup, korang masih boleh bersenam dan kekal aktif dengan menonton ribuan video workout yang ada secara online. Korang boleh pilih nak menari ikut rentak lagu dengan PopSugar Fitness, ikuti 20 minit senaman HIIT dengan Pamela Reif atau buat rutin yoga dengan Adriene Mishler. Semua ni takkan habis dengan paparan Ultra FullView MateBook X Pro yang menyokong resolusi sehingga 3K dengan skrin sentuh intuitif.

Kredit : Nino’s Home

Buat yang nak level up skill memasak, korang boleh manfaatkan pembesar suara quad pada MateBook X Pro untuk pengalaman suara yang awesome sambil follow video-video resipi di media sosial. Kami jamin, korang takkan tertinggal step atau bahan dengan pembesar suara ni.

4. Sedap mata memandang & mudah dibawa ke mana-mana

Sekarang, banyak universiti berprestij seperti Harvard, Yale dan Oxford ada tawarkan kursus dalam talian percuma. Korang boleh belajar tentang keusahawanan teknologi dalam masa 5 minggu, memahami perbatasan dan kontroversi Astrofizik atau belajar bagaimana Star Trek pengaruhi budaya dan teknologi. Semuanya ikut pace korang sendiri dan tak perlu keluar dari rumah pun.

Tapi, ini perlukan waktu berjam-jam kajian dan penyelidikan yang boleh menyebabkan tekanan pada mata korang. Dengan mod keselesaan mata MateBook X Pro, korang boleh sesuaikan kecerahan dan tona skrin. Barulah syok korang nak belajar.

Badan komputer riba yang sangat nipis setebal 14.6mm dan berat 1.33kg menjadikannya sangat mudah alih. Ngam sangat dengan korang yang selalu on the go! Korang takkan ada masalah untuk membawanya ke kafe kegemaran atau ke study group.

5. HUAWEI Share – Sharing is caring!

Selepas semua pembelajaran, korang mungkin nak berkongsi pengetahuan baru dengan rakan, keluarga atau mungkin juga seluruh dunia melalui internet. Tak kisahlah korang nak buat blogpost atau Vlog, MateBook X Pro akan sedia membantu. Dengan teknologi HUAWEI EMUI10, korang boleh berkongsi data melalui HUAWEI Share. Multi-screen Collaboration pun boleh juga tau!

Hanya perlu sambungkan telefon pintar ke laptop dan korang boleh mula berkongsi fail, gambar dan video tanpa halangan. Korang boleh kawal kedua-dua skrin di MateBook X Pro dan buat kerja dengan ciri-ciri hebat pada laptop. Antaranya skrin sentuh dengan paparan Ultra FullView dan edit video atau audio menarik dengan perisian berbeza untuk bantu orang lain pula faham apa yang korang dah belajar sebelum ni.  

6. Promosi & freebies menarik menanti korang!

Sempena bulan Ramadan, HUAWEI mengadakan promosi HUAWEI Dihati mulai sekarang sehingga 7 Jun. Korang boleh nikmati hadiah bernilai hingga RM1,700 termasuk aksesori HUAWEI, baucar dari Baskin Robbins, The Chicken Rice Shop dan Tealive serta diskaun eksklusif.

Bukan itu je! Korang juga boleh menang banyak hadiah menarik dari cabutan bertuah. Antaranya MateBook X Pro, HUAWEI Watch GT, HUAWEI 360 Camera, HUAWEI SoundStone Bluetooth Speaker. Bestnya!!

Rasa macam kena belilah siri HUAWEI MateBook X Pro!

Yes!! Kena beli lagi-lagi kalau korang nak level up skill yang ada. Jom dapatkan HUAWEI MateBook X Pro di HUAWEI Store sekarang juga. Sebab dengan setiap pembelian MateBook X Pro, korang akan dapat hadiah percuma bernilai RM1,936 termasuk HUAWEI Sound X tau. Lepas ni, lagi syoklah korang nak tengok movie atau dengar lagu pada bila-bila masa dan di mana saja!

Boleh rujuk harga siri HUAWEI MateBook pada jadual di bawah.

Produk Warna Spesifikasi Produk Harga Hadiah Percuma*
HUAWEI MateBook X Pro Space Grey

Emerald Green**

i7/16G/1TB SSD/MX250

RM 7,999

HUAWEI Sound X

HUAWEI Bluetooth Mouse

HUAWEI Backpack

HUAWEI Band 4

HUAWEI MateBook 13 Space Grey

i7/16G/512G/MX250

i5/16G/512G/MX250

R5/16G/512G/Vega 8

RM 4,999

RM 4,499

RM 3,499

HUAWEI Bluetooth Mouse

HUAWEI Backpack

HUAWEI Band 4

HUAWEI MateBook D14 Mistic Silver

R7/8G/512G/Vega 8

RM 2,899

HUAWEI MateBook D15 Mistic Silver

R7/8G/512G/Vega 10

RM 2,899

*Sementara stok masih ada.
**Ketibaan stok Emerald Green akan diumumkan nanti.

Untuk tengok semua promosi lain yang ada, korang boleh klik SINI

The following two tabs change content below.