Sebelum ini, pelakon, Rashidi Ishak memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19. Berikutan daripada itu, Rashidi telah menjalani kuarantin secara kendiri selama 10 hari di rumah. Namun begitu, hari kedua Rashidi mula menunjukkan simptom seperti demam teruk, kepala berdenyut dan sakit badan yang melampau sehingga doktor terpaksa datang ke rumah untuk merawatnya.
Artikel berkaitan: ‘Sumpah Tak Best Sakit Ni’ – Rashidi Ishak Positif Covid-19
Terbaru, Rashidi akui lebih paranoid dalam menjalani rutin harian selepas dijangkiti wabak tersebut.
Rasa sedikit trauma
Terus terang saya berasa sedikit trauma dan paranoid menjalani kehidupan seharian. Malah, saya rasa lebih OCD sehingga ke mana-mana sahaja pasti akan membawa sanitizer. Saya juga menjadi takut untuk bergaul atau keluar ke mana-mana. Saya hanya keluar untuk pergi kerja dan terus pulang ke rumah. Sehinggakan saya takut dan belum bersedia untuk bercuti ke mana-mana.
Ujar Rashidi, apa yang membuatkannya lebih trauma adalah kesan jangka panjang yang dihadapinya selepas dijangkiti Covid-19. Tambahnya, dia berasa cepat penat berbading sebelum ini ketika berlakon.
Ketika kembali ke set, tubuh saya belum pulih sepenuhnya. Saya dapat rasakan badan cepat penat berbanding sebelum dijangkiti Covid-19. Selepas tiga hingga empat jam, tenaga saya sudah tiada. Saya dapat rasakan dari segi lontaran suara berbeza dari ‘energy’ sebelum itu. Itu antara kesan yang saya rasakan. Tidak tahu dari mana punca dan dijangkiti dari mana, kita hanya mampu berhati-hati dan tawakal.
Selain Rashidi, Daiyan Trisha serta beberapa krew lain turut disahkan positif pada waktu yang sama. Krew produksi terpaksa menghentikan penggambaran bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Sumber: Astro Gempak