Walaupun zaman sudah berubah dan semakin moden, masih ada lagi yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan sesuatu. Demi untuk dipandang manis, tidak berusia dan kebal, ada yang menanam susuk di bahagian tertentu badan.
Terbaru di Jakarta, seorang pengguna di Instagram, Tasqia Syabira berkongsi imbasan X-ray seorang pesakit yang berusia 55 tahun. Apa yang mengejutkan terdapat ratusan jarum tertusuk dalam badan wanita itu.
Dijumpai melalui X-ray
Foto: Wolipop
Menurut Tasqia, gambar X-ray yang ditunjukkan jelas kelihatan ratusan susuk yang terdapat pada badan dan rahang gigi wanita itu. Garis-garis kecil seperti jarum pendek itu merupakan bentuk susuk yang sudah ditanam di badannya.
Lapor laman Wolipop lagi, wanita yang berusia 55 tahun tidak tahu jumlah susuk yang sudah ditanam di anggota badannya. Gambar ini difahamkan sudah menjadi viral di laman sosial dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.
Jenis susuk
Gambar sekadar hiasan
Jelas Tasqia lagi, susuk terbahagi kepada beberapa jenis. Susuk yang sering digunakan dalam bidang perubatan dikenali sebagai Charm Needles. Susuk ini diperbuat daripada emas dan tembaga menyebabkan ia jelas kelihatan ketika imbasan X-ray.
Jika pembedahan biasa dibuat, doktor tersebut tidak dapat melihat susuk tersebut dan susuk tersebut hanya boleh dilihat melalui X-ray sahaja. Tasqia, turut menyatakan susuk yang dipakai oleh wanita itu boleh menyebabkan badannya mudah mendapat jangkitan kuman.
Sumber: Wolipop