berita

Raya Kat Rumah Tapi Takde Wi-Fi? Langgan unifi & Enjoy Trial Internet Tanpa Had 30 Hari!

May 21st, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Sekejap je kan dah nak raya. Tahun ni nampaknya sambutan Aidilfitri sangat berbeza sebab kita semua disarankan duduk di rumah je. Bagi yang tak dapat balik beraya di kampung tu, janganlah bersedih.

Walaupun ‘new normal’ ni sedikit meresahkan, tapi kami yakin sebenarnya lebih banyak kebaikan untuk kita semua. Paling penting, korang kena make sure raya nanti tetap meriah macam selalu tau!

Hilangkan sunyi, buat persiapan awal

Haa.. kalau korang nak raya versi PKPB tahun ni tetap seronok dan meriah, sebaiknya buatlah persiapan lebih awal. Jangan sehari sebelum raya baru kelam kabut nak beli barang, silap-silap dah sold out semua. Mau menangis di bucu katil nanti.

Bagi yang berjauhan dengan keluarga, jangan lupa untuk video call dengan yang tersayang di pagi raya nanti. Walaupun kita tak dapat berjumpa, tradisi bermaaf-maafan tu jangan kita lupakan.

Tapi sebelum nak buat panggilan video, pastikan capaian internet dekat rumah korang benar-benar cun ya. Jangan belum sempat habis minta maaf dengan mak ayah, tiba-tiba internet pulak habis data. Stress weh!

Unlimited internet dah jadi keperluan

Tak keterlaluan rasanya kalau kami katakan ‘new normal’ yang kita lalui sekarang ni menjadikan internet satu keperluan di rumah. Yelah, bukan setakat waktu musim perayaan je nak guna, sebenarnya banyak aktiviti harian kini beralih secara digital dan maya.

Contohnya sekarang ni anak-anak belajar secara online, ibu bapa bekerja dari rumah, nak streaming movie, nak dengar lagu, nak shopping, buat bisnes atau nak jana income macam Sugu Pavithra, semua ni perlukan unlimited internet tau. Kalau nak harapkan mobile data je, alamatnya tak syoklah.

30 hari trial internet tanpa had!

Bagi korang yang belum ada internet di rumah dan masih lagi bergantung harap dengan mobile internet je, ini adalah masa terbaik untuk korang bertukar ke pilihan yang lebih baik.

Kalau korang nak tahu, sempena Ramadan dan raya tahun ini unifi menawarkan 30 hari unlimited internet percubaan kepada mereka yang melanggan pakej unifi Home Fibre. Paling penting takde sebarang syarat tau!

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh beli peranti Mesh Wi-Fi melalui pelan ansuran mudah yang berupaya meningkatkan kualiti capaian Wi-Fi di rumah. Memang power beb!

Jangan risau, kerja pemasangan ikut SOP

Bagi yang tertanya-tanya tentang prosedur pemasangan unifi di rumah, jangan risau sebab pihak unifi sentiasa mematuhi piawaian yang telah ditetapkan sepanjang PKP dan PKPB. Ini bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Semua pegawai teknikal unifi yang kembali bekerja wajib melalui beberapa peringkat saringan setiap hari seperti pemeriksaan suhu badan. Mereka juga diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung sebelum memasuki rumah pelanggan.

Mulakan ‘new normal’ dengan gembira

Bila dah langgan unifi Home Fibre, kami yakin lepas ni korang tak payah susah hati atau runsing lagi pasal ‘new normal‘ sebab dekat rumah sendiri dah ada unlimited internet.

Walaupun berjauhan, moga hari raya kita tahun ni kekal meriah dan semuanya dapat berhubung macam selalu. Teruslah duduk di rumah dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.

Nak langgan unifi? Korang boleh terus ke laman sesawang unifi Home Fibre sekarang! Kami di OHBULAN! dan unifi mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri, maaf zahir dan batin.